Michael Carroll: Menang Loteri RM50 Juta Tapi Belanja Sampai Habis, Sekarang Buat Kerja Buruh

Ketika usia hanya 19 tahun, akaun bank Michael Carroll memiliki wang sebanyak 9.7 pound sterling (RM50.7 juta). Namun, malangnya duit itu disia-siakan dan tidak dilaburkan untuk masa depan.

Sumber: Daily Mail

Menurut Daily Mail, Michael atau digelar Lotto Lout telah menghabiskan semua duit kemenangan loteri yang diperolehinya pada tahun 2002 dalam masa 10 tahun dan kini hidupnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

 

Selalu berparti, beli dadah

Michael menggunakan duit sebanyak 4 pound sterling untuk membeli tiket loteri dan memenangi 10 juta pound sterling itu. Tapi menurut The Sun, Michael sangat boros berbelanja dan salah satu cara dia menghabiskan duit adalah dengan selalu mengadakan parti liar dan bogel.

Sumber: The Sun

Selain parti, dia juga mempunyai ketagihan terhadap arak dan kokain sebab itulah banyak duitnya dihabiskan ke arah itu. Menurut laporan, Michael pernah berbelanja sebanyak 2,000 pound sterling (RM10.4 ribu) SEHARI untuk membeli dadah.

Ketika itu, duit bukanlah masalah.”

 

Beli rumah agam, kereta mewah

Michael dikatakan pernah memiliki Hummers, BMW dan bermacam lagi kereta mewah lain serta turut mempunyai rumah agam yang mempunyai 5 bilik di Norfolk, England.

Sumber: The Sun

Dan di rumah itulah dia akan anjurkan parti liar hampir setiap hari dan mengaku pernah tidur dan buat seks dengan 4,000 wanita. Bayangkanlah, waktu rumah tu dijual semula memang dah teruk keadaan sebab selalu sangat buat parti. Banyak kerosakan dilaporkan sehingga harga jualan rumah menurun.

Sumber: The Sun

 

Kena tinggal dengan isteri

Waktu nak beli tiket loteri tu, Michael dilaporkan dah bertunang dengan Sandra Aitken yang ketika itu mengandung 7 bulan. Pada tahun 2003 dan selepas memenangi wang besar itu, Michael berkahwin dengan Sandra tetapi tak lama lepas tu dia ditinggalkan.

Sandra sendiri dikatakan tak tahan dan stress dengan keborosan dan tabiat buruk Michael. Akibat perpisahan itu, Sandra dilaporkan menerima wang tunai sebanyak 1.4 juta pound sterling (RM7.3 juta).

Sumber: The Sun

 

Selalu langgan pelacur

Salah satu sebab Sandra buat keputusan untuk berpisah adalah kerana menurut dia, Michael telah curang sebab selalu melanggan pelacur malah hampir setiap hari dia buat seks bebas.

Dalam setiap bilik saya akan ada orang yang membuat seks. Wanita sering mendekati saya dan tawarkan khidmat seks.”

 

Lepas cerai makin menjadi, terlibat banyak kes polis

Dari tahun 2002 hingga 2012, Michael dilaporkan mempunyai banyak kes jenayah dan sering didenda oleh mahkamah. Tapi, dengan duit yang banyak ketika itu sangatlah mudah untuk dia bayar denda.

Sumber: The Sun

 

Pokai pada tahun 2012, kerja sebagai buruh

10 tahun selepas menang besar dalam loteri, Michael jatuh miskin dan sempat terima bantuan dari kerajaan selama 6 bulan. Dek kerana boros berbelanja dan tidak bijak menguruskan wang tu, dia kini terpaksa bekerja sebagai buruh demi kelangsungan hidup.

Sumber: Daily Mail

Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pemandu forklift di kilang biskut dan penyembelih daging selama 5 tahun. Paling terkini, Michael bekerja selama 12 jam sehari menghantar arang dan kayu balak dengan bayaran 10 pound sterling (RM52.50) setiap jam.

Sumber: Daily Mail

Bagaimanapun, dia mengaku tidak menyesal membelanjakan kesemua wang yang dimenangi dulu dan kini tetap membeli tiket loteri sekali sekala.

Sumber: The Sun

 

Baca: “Kalau aku mmg tak lah…” – Lelaki Nak Pulangkan Balik Duit ‘Puluhan Ribu’ Yang Dia Jumpa Dekat Tempat Pembuangan Sampah

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!