in

“Kalau aku mmg tak lah…” – Lelaki Nak Pulangkan Balik Duit ‘Puluhan Ribu’ Yang Dia Jumpa Dekat Tempat Pembuangan Sampah

Pjimage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba bayangkan, tiba-tiba korang terjumpa duit berpuluh-puluh ribu, memang macam bulan jatuh ke riba lah. Confirm korang dah start bayang nak buat apa dengan duit ‘free’ ni kan?


Tapi lelaki dari Pulau Pinang ni lain pula. Menurut The Star, Mohamad Fahmi Abdul Aziz telah menemui satu cerek berisi ratusan duit Kanada di tempat pembuangan sampah.

Money In Pot
Sumber: the star

Namun, bila ditanya tentang jumlah yang ditemuinya, Fahmi enggan mendedahkannya. Dia hanya memberitahu, duit yang ditemuinya itu sangat banyak “berpuluh ribu”.

Bagaimana pun, lelaki berusia 28 tahun ni tak nak simpan satu sen pun duit yang ditemuinya ini dan nak pulangkan balik pada pemilik asal. Fuh, biar betul?

“Ia dah jadi rutin harian saya untuk kutip barang-barang kitar semula di tempat pembuangan sampah bersama dua pekerja saya. Tapi, Selasa lepas, saya ternampak objek besi bercahaya tertanam separuh di tanah.

“Bila saya tarik objek tersebut, saya macam tak percaya bila saya nampak cerek tu berisi duit yang banyak.

Bila saya bawa balik rumah dan periksa, saya tengok duit tu adalah duit Dolar Kanada.”

Curious nak tahu sama ada duit tersebut duit tulen atau palsu, Fahmi telah pergi ke penukar wang yang kemudiannya mengesahkan duit tersebut adalah tulen.

Menurut Fahmi, dia membuat keputusan untuk memulangkan semula duit tersebut selepas berbincang dengan isteri dan keluarga.

Mungkin tu duit simpanan orang dan orang tu tak sengaja terbuang.”

Dia juga mengatakan tujuan dia tak nak dedahkan jumlah wang tersebut kerana dia mahu orang yang bakal tuntut duit tersebut memberitahu berapa jumlahnya. Fahmi juga tak mahu membuat laporan polis kerana nanti dia tak tahu apa yang bakal terjadi kepada duit yang ditemuinya itu.

“Saya akan minta nasihat guru agama saya dan kalau saya tak jumpa, saya mungkin akan dermakan saja.”

Haih, orang kalau terjumpa RM50 pun memang dah rasa rezeki habislah. Lainlah kalau ada nama owner tu kan…

 

Baca: “Jangankan ambil, buka pun tak” – Pekerja Tesco Pulangkan Semula Wallet Berisi RM2,000 Yang Dijumpai Dalam Troli

Screenshot 2019 07 11 At 3.42.41 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.