in

MH370: Ocean Infinity Sambung Pencarian, Mula Menuju Barat Australia

3mh370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Firma penyelidikan dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity, mengesahkan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak 2014 telah disambung semula dengan sokongan kerajaan Malaysia.

Operasi pencarian baharu itu dilaksanakan berdasarkan persetujuan yang dicapai antara pihak berkuasa Malaysia dan Ocean Infinity pada Mac lalu, selepas beberapa siri analisis data terkini dilakukan bagi mengenal pasti kawasan berpotensi di selatan Lautan Hindi.


Sebuah kapal khusus milik Ocean Infinity kini sedang dalam perjalanan ke pantai barat Australia sebelum meneruskan operasi pencarian di lokasi yang dikenal pasti. Kapal sepanjang 86 meter, Armada 86 05 yang berdaftar di Singapura, dilaporkan berlepas dari kawasan berhampiran pelabuhan Kwinana pada 23 Dis dan bergerak ke selatan Lautan Hindi.

Screenshot 2025 12 27 at 10.41.59 AM

Kapal berkenaan berfungsi sebagai platform pelancaran kenderaan bawah air autonomi yang mampu memetakan dasar laut dalam secara terperinci, dengan fasa pencarian aktif dijadualkan bermula pada 30 Dis. Sebarang perkembangan rasmi berkaitan operasi itu akan dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia atas faktor sensitiviti misi tersebut.

MH370, pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada radar pada awal pagi 8 Mac 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi, namun operasi pencarian terdahulu gagal menentukan lokasi sebenar nahas.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.