Ketika Bulan Ramadan pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk ke bazar.
Pelbagai juadah berbuka dijual ada dengan harga yang mahal dan murah.
Peniaga juga cuba melakukan kepelbagaian dalam teknik menjual mereka.
Ada yang menjerit-jerit memanggil pelangang ada jual yang menyanyi ketika menjual.
Namun baru-baru ini tular ada seorang peniaga cilik menjual air mempunyai suara unik ketika memanggil pelanggan.
Suara yang kedengaran lemah lembut dan sering mengusik pelanggan menjadi tarikan.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat peniaga cilik itu yang tidak lekang dengan senyuman.