in

“Mesti dah biasa buat”- Pengurus Butik Pakaian Selamatkan Budak Terkunci Dalam Bilik Persalinan

Bilik Persalinan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu panik apabila anak perempuannya terperangkap didalam bilik persalinan sebuah butik.

Kejadian itu disedari ibunya apabila kelibat anaknya itu tidak kelihatan selepas menyorok dan kedengaran suara anaknya didalam bilik persalinan.


Terkunci dari dalam bilik itu, ibunya kemudian menyuruh anaknya itu membuka pintu namun gagal.

Cubaan itu meloloskan diri pada ruangan bawah juga tidak lepas kerana terlalu sempit.

Tidak lama kemudian, datang pekerja butik berkenaan yang cuba memberi bantuan kepada kanak-kanak itu.

@farehan269Alkisah. Ibu dtg nak beli baju ayah dia. Yaya dgn adik bradik lain g main nyorok2 dlm fitting room. Nasib tak baik,lock fitting room tu problem dia punya lock sangkut.. Dah xleh bukak.. Terpaksala minta tlg staff waikiki ni handle.. ? Korang buat ibu rase stresss oooo ? ibu anak 4 bila berjalan tanpa ayahnye memg mcm sarjan askar?.. Tapi tulah. Ade culasnya jugak..sabar jelahhh.. ?

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Artikel berkaitan: “Rare weh!” – Netizen Kagum Kanak-Kanak Bangsa Cina Fasih Bahasa Tamil

Artikel berkaitan: Morgan Geyser: Kanak-Kanak 12 Tahun Ni Terlalu Obses Dengan ‘Slenderman’ Sampai…

Menurut ibunya, anak perempuannya tidak menangis ataupun berteriak ketika kejadian.

Beberapa cubaan untuk membuka pintu bilik tidak berjaya dan mujur pengurus butik itu mempunyai saiz badan yang kecil dan kurus.

Pengurus itu memanjat dan berjaya memasuki ruangan di atas pintu bilik sebelum menyelamatkan kanak-kanak itu.

Video yang dirakam ibu mangsa, menjadi tular dan kebanyakkan komen memuji tindakan pengurus butin berkenaan.

“Nasib baik abang tu senipis papan dik.

“Kenangan ni dah besar boleh tengok.

“Dah boleh dah tu apply bomba. Pengalaman menyelamat kanak-kanak terkunci dlm fitting room,” antara komen warganet.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.