Hari Raya tahun ini mesti ada yang menziarahi keluarga terdekatkan, tapi min nak ingatkan jangan pulang lewat malam takut terjumpa benda yang tak diingini especially penduduk di Kuantan.
Korang tau tak, kecoh sebelum ni khabar angin mengatakan kawasan yang dibulatkan di bawah sebenarnya Zon Jin.
Lokasi berkenaan dikatakan terletak di Jalan Pintasan Bukit Setongkol.
Di kawasan ‘Zon Jin’ ini dikatakan fasilitinya tidak lengkap macam jalan raya yang lain…
…ada yang kata jalan berlubang-lubang, lampu jalan tak ada, yang paling menakutkan sering ternampak kelibat makhluk halus di kawasan itu.”
Perkongsian tentang misteri jalan ini telah dimuat naik oleh @LeAlterEgo menerusi akaun twitter miliknya. Kawasan itu dikatakan banyak jin yang perangainya jahat…hurmmm
Jalan ini tidak digalakkan untuk dilalui pada pukul 1.00 pagi hingga 4.00 pagi, jika terpaksa lalu jangan sesekali tenung lama-lama di Kawasan zon merah itu.
Menurutnya, kawasan belukar dan ada pokok besar itu merupakan penempatan bagi jin-jin ini. Di situ juga terdapat tokong kecil yang diletakkan sebagai tanda hormat.
Didakwa jin ini akan follow sesiapa yang lalui kawasan itu, lebih parah dia akan ikut orang tersebut hingga ke rumah.
Bentuk Jin Ini
Rupa jin ini seperti manusia biasa, mereka dikatakan memakai pakaian tradisional Cina dan hidup mengikut budaya yang sama.
Ada segelintir mereka memakai ala-ala seperti gaya istana Cina pada zaman dahulu.
Kalau korang pernah tengok cerita hantu cina yang lompat-lompat tu mesti korang dapat bayangkan macam mana.
Apa Jadi Jika Di Sampuk?
Melalui pengalaman perawat tersebut, orang yang di sampuk oleh jin ini automatic akan bercakap dalam Bahasa Cina. Selain itu, individu berkenaan akan mengalami mimpi-mimpi yang pelik dan seram.
Kebiasaannya,gangguan jin ini berlaku selama 3 hingga 4 hari sahaja. Jika ianya berlarutan , mereka disarankan untuk berjumpa dengan mana-mana perawat yang berdekatan.
Tengok gambar yang disediakan pun dah boleh meremang bulu roma ni. So hati-hatilah penduduk Kuantan yang masih beraya tu…
Baca: “Seram siot” – [VIDEO] Tengah Syok Buat TikTok, Tiba-tiba Ada Penampakan Lembaga Hitam Dekat Tangga