in

“Meremang bulu roma saat kami bersua muka” – Rita Rudaini Teruja Bawa Anak Jumpa Tun M

Rita Rudaini Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat pelakon Rita Rudaini apabila dapat bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi beberapa hantarannya di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar mengakui teruja dan menyifatkan pertemuan dengan Dr Mahathir adalah satu kenangan bermakna buat dia dan anak-anaknya.


Artikel berkaitan: Tun M Berjumpa Takuya Okada, Salah Seorang Pengasas Pusat Beli Belah Jusco

Artikel berkaitan: “Yang fitnah tu pulak cikgu” – Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan, Rita Rudaini Bengang Dituduh Ambil Hak B40

“Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat,” tulisnya.

@ritrud727

Meremang bulu roma jumpa Negarawan Tun….Alhamdulillah dpt jugak jumpa Negarawan legenda ❤️

♬ Gemilang Ella – Cempaka

Rita berkongsi beberapa hantaran yang memaparkan dia dan anak-anaknya bertemu dan berbual bersama Dr Mahathir.

“Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat.

“Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat.”

Dalam hantaran itu, Rita berkongsi dengan membawa dua anaknya masuk ke galeri yang menyimpan pelbagai khazanah serta gambar tokoh dihormatinya.

@ritrud727

Kenangan berharga yg takkan kami lupa seumur hidup kami 🥰 Negarawan Terulung Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

♬ Gemilang Ella – Cempaka

Malah, Dr Mahathir sempat memberikan nasihat membina kepada anak Rita selain berpesan agar mereka menjadi insan yang baik.

@ritrud727

Ryan @king..🍥 mintak nasihat dr Tun M @chedetofficial 🥰

♬ Legenda – Sheila Majid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cemburu melihat Rita dan anak-anaknya dapat berjumpa dengan negarawan terkenal.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.