Semalam, seramai 23 orang aktivis dari Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi pelayaran Global Sumud Flotilla untuk menyampaikan bantuan ke Gaza telah dibebaskan.
Susulan dibebaskan, aktivis-aktivis berkenaan telah menceritakan pengalaman mereka ketika ditahan menerusi temu bual dengan pihak media antarabangsa.
Salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia, Iylia Balqis mendedahkan bahawa pengalamannya ditahan oleh Israel selama beberapa hari itu merupakan pengalaman yang paling buruk sepanjang kehidupannya.
Memetik laporan Kosmo, layanan yang diberikan kepada tahanan oleh tentera adalah sangat menjengkelkan.
@era.je REJIM ZIONIS BEGITU KEJAM SEKALI!! Allahuakbar… Mereka diletakkan dalam sangkar di bawah panas terik, air besih tidak diberikan dan kena minum air dari tandas 😭 #sharERA Sumber aljazeera
Artikel Berkaitan: “Dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan
Artikel Berkaitan: 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin
Menurut Iylia, tentera tersebut mempunyai banyak protokol yang kononnya dibuat atas dasar keselamatan namun protokol terbabit dibuat untuk membuatkan tahanan rasa sangat menjengkelkan dengan diri sendiri.
Lebih teruk lagi apabila ada antara tahanan wanita yang dipaksa untuk menanggalkan tudung dan identiti mereka sebagai wanita Muslimah juga tidak dihormati.
Apabila ada antara tahanan yang memerlukan ubat, pihak tentera itu tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan ubat selagi mereka tidak mati.
Mereka juga terpaksa minum air daripada tandas untuk bertahan kerana tidak diberikan minuman bersih ketika berada dalam tahanan.
Sumber: Sinar Harian