in

“Mereka rentap tangan, seret 200 meter” – Dr Mohd Alauddin Kongsi Detik Cemas Ditahan Zion*s

Mohd Alauddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan tangan direntap, diikat ke belakang, kemudian diseret oleh tentera Israel sejauh 200 meter sebelum dipaksa melutut selama sejam di bawah panas terik.

Itulah salah satu detik ngeri yang dilalui Ketua Delegasi Malaysia dalam Misi Freedom Flotilla Coalition (FFC), Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, selepas kapal Conscience yang dinaikinya dipintas oleh tentera Zionis di perairan antarabangsa.


Menurutnya, layanan kasar itu bukan hanya dialaminya, tetapi turut dirasai semua aktivis lain yang ditahan.

“Tangan yang dilipat ke belakang tu macam nak patah. Mereka paksa saya melutut lama-lama. Dalam penjara pula, keadaan macam kandang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dr Alauddin bersama lapan aktivis Malaysia lain mendarat sekitar jam 4 petang menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 dari Istanbul.

tentera israel
Dr Mohd Alauddin (tengah) bersama isteri, Dr Fauziah (kiri)

Artikel berkaitan: PMX Hadiahkan Telefon Baharu Kepada 9 Aktivis Misi FFC x TMTG Lepas Telefon Dicampak Tentera Israel

Artikel berkaitan: “Saya bersyahadah banyak kali…” – Dr. Fauziah Kongsi Detik Cemas Ketika Helikopter Israel Serang Kapal 

Antara yang turut sama dalam kapal itu ialah Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi sukarelawan, Dr Maziah Muhammad, berada di kapal lain bernama Umm Saad.

Sementara itu, Prof. Mohd Afandi Salleh menjelaskan bahawa mereka bukan mahu dianggap wira, sebaliknya mahu membuka mata dunia tentang kezaliman Israel.

“Kami bukan hero. Kami hanya nak tunjuk kerakusan dan kejahatan Israel bukan sekadar pada rakyat Gaza, tapi seluruh dunia.

“Kami ditangkap, diculik di laut antarabangsa yang jelas melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau turut berharap usaha mereka dapat menyedarkan masyarakat antarabangsa tentang penderitaan sebenar yang dihadapi rakyat Palestin.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.