in

“Mentalnya tak stabil”- Peguam Kes Bunuh Teman Wanita Di Sungai Besar, Mohon Suspek Dirujuk Ke Psikiatri

Kes Bunuh Sungai Besar Pisikiatri

Pada bulan Mei lalu, Malaysia digemparkan dengan satu pembunuhan kejam seorang wanita berusia 21 tahun yang sedang hamil.

Suspek kes berkenaan merupakan pemuda berusia 20 tahun yang juga teman lelaki mangsa, dihadapkan ke mahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon agar anak guamnya dirujuk ke psikiatri kerana keadaan mentalnya dikatakan tidak stabil.

Cats 9

Menurut laporan Buletin TV3, Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, mengemukakan permohonan itu ketika sebutan kes berkenaan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri, difahamkan tidak membantah permohonan itu, sebaliknya beliau menyerahkan permohonan itu kepada budi bicara mahkamah.

“Saya serah kepada mahkamah, sama ada beri perintah tersebut di peringkat ini (Mahkamah Majistret), atau memikirkan bahawa ia suatu yang sesuai untuk ditentukan di mahkamah perbicaraan (Mahkamah Tinggi),” katanya.

Difahamkan, keputusan permohonan tersebut akan diberikan pada 26 September ini.

Sebagai info, kes pembunuhan ini difahamkan berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa yang merupakan seorang pelayan restoran dan suspek yang didakwa ingin menyembunyikan kehamilan mangsa.

Baca: Ingin Sorokkan Kehamilan, Wanita Dibunuh Kejam Oleh Kekasih

Pembunuhan Sabak Bernam

Sumber: Bultein TV3