in ,

“Mentah sangat ni!” – Order ‘Medium Rare’ Steak RM65, Sekali Bila Makan Daging Ada Darah Lagi!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap orang ada citarasa yang berbeza bila makan steak. Ada yang minat daging tu dimasak well done atau medium well ke, medium dan macam-macam lagilah. Sebab tu bila kita order, waiter akan tanya nak dimasak macam mana.

Gambar hiasan

Tapi, sebenarnya masih banyak restoran di luar sana yang tak faham atau tak reti masak daging ikut kategori tersebut. Kadang-kadang kita order medium well tapi dapat well done. Pernah tak? Terus rasa spoil mood kita nak makan kan?

Itulah yang dilalui seorang lelaki baru-baru ini di mana dia telah berkongsi pengalamannya makan steak di sebuah restoran hidangan daging premium di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Menurut Faisal, waktu itu dia pertama kali mahu mencuba makan daging yang dimasak ‘medium rare’. Dia kemudian order Angus Ribeye berharga RM65 dan bila dah dihantar dekat meja steak tu nampak sedap dan menyelerakan.

Sumber: Twitter

Tapi, bila Faisal makan steak tu dia dapat rasa yang daging tu bukan ‘medium rare’. Katanya, dia masih boleh rasa darah dari daging tu yang nampak mentah!

Mungkin ini kali pertama dan terakhir makan steak Medium Rare. Macam zombie gigit lembu hidup-hidup je.” 

Walaupun daging yang dihidang tak seperti yang diharapkan, Faisal tetap berusaha untuk habiskan sebab tak mahu bazir RM65 tu. Bila dia kongsi cerita ni di Twitter, pelbagai reaksi diterima daripada netizen yang nampak posting tu.

Sumber: Twitter

Ramai yang terkejut dan berkata daging tu sebenarnya raw bukannya dimasak ‘medium rare’. Mereka persoalkan bagaimana restoran premium sebegitu tak pandai pasal cara masakan daging dan ada yang beranggapan mungkin daging itu dipanggang dalam keadaan masih sejuk selepas dikeluarkan dari peti.

Menurut Faisal, walaupun restoran tawarkan untuk masak semula jadikan daging tu ‘well done’ tapi dia menolak sebab nak tahu macam mana rasa daging yang dimasak ‘medium rare’. Beberapa netizen juga sempat berseloroh dan berkata chef terkenal, Gordon Ramsay pasti akan mengamuk bila tengok chef tak reti bezakan cara masakan daging macam tu.

Angry Gordon Ramsay GIF by Hell's Kitchen

Sumber: Twitter

Gelinya bila tengah kunyah dapat rasa darah daging tu lagi…

Baca: “Baik ko masak sendiri kat rumahhh!” – Netizen Kecam Orang Ni Cerewet Order Makanan, Tapi Sebenarnya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: