in

“Menjunjung kasih Tuanku!” – Permaisuri Agong Bekalkan Katil Lipat Untuk Frontliners Demi Keselesaan Mereka

Combine Katil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam fasa pandemik Covid-19 ni, banyak ujian dan dugaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya kepada frontliners yang bertungkus-lumus untuk membendung dan merawat pesakit-pesakit Covid-19.


Ekoran daripada itu, banyak golongan yang menghulurkan bantuan contohnya menyumbang makanan dan sut keperluan perlindungan diri (PPE) kepada frontliners untuk memudahkan mereka menangani wabak ini sekaligus memberi semangat kepada mereka untuk menjalankan tugas.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak ketinggalan menghadiahkan katil lipat untuk para frontliners di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk keselesaan mereka.

Katil 2

Sebelum ini, Tunku Azizah juga pernah menyediakan sendiri makanan untuk diberikan kepada frontliners di hospital.

Agong

Menerusi posting Instagram @airtangan_tunkuazizah, Raja Permaisuri Agong telah memuat naik rakaman ucapan terima kasih daripada pihak hospital berkenaan.

Rata-rata netizen turut bersyukur dengan niat murni Permaisuri Agong dan mendoakan agar Tuanku Permaisuri Agong serta keluarga sentiasa dirahmati

Menjunjung kasih tuanku

Ig1

Terima kasih buat Tuanku seisi keluarga

Ig2

Alhamdulillah, terima kasih Tuanku

Ig5

Baca : “Truly a king!” – YDP Agong & Raja Permaisuri Berkenan Tidak Dibayar Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

K

 

Sumber: Instagram
Sumber: SelangorKini
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.