in

Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Dibuat Serentak Dengan Pembukaan Sekolah – KJ

Vaksin Remaja Dan Sekolah Dibuat Serentak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan serentak pada hari pembukaan sesi persekolahan akan datang.


Menurut MalaysiaGazette, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah dilantik untuk memikul tugasan sebagai penyelaras program vaksinasi kepada remaja. Kata beliau,

Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa sesi mesyuarat dengan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin tengah hari tadi.”

Kj Ketika Sidang Media

Apa yang kita setuju adalah, serentak dengan proses pembukaan sekolah, kita akan pergiatkan proses pemberian vaksin kepada remaja. Sama ada ia dapat diselesaikan sebelum pengumuman pembukaan sekolah atau tidak, namun jika tidak sempat kita akan tetap meneruskan proses itu.”

Pelbagai kaedah pemberian vaksin dibentangkan dan paling mudah kita berpendapat pelajar ini akan diberikan suntikan vaksin di sekolah.”

Sementara itu, Radzi menerusi Facebook memaklumkan beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuklah Khairy berhubung pembukaan semula sesi persekolahan.

Pelajar Sekolah Scan Suhu

Beliau turut memaklumkan menerusi pelan komprehesif mengenai pengoperasian sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat. Difahamkan mesyuarat terbabit  turut dihadiri kumpulan pakar, antara lain mendapatkan pandangan untuk perhalusi demi memastikan murid dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.

Menurut Berita Harian, Khairy turut berkata, pihaknya yakin akan bekerjasama rapat dengan KPM dan terdapat beberapa kaedah model pelaksanaan vaksinasi turut dibentang semasa sesi mesyuarat berkenaan.

Namun yang paling mudah kita fikirkan, bila mereka (pelajar) pergi ke sekolah, kita akan berikan vaksin. Kebanyakan pelajar akan menerima suntikan vaksinasi di sekolah.”

Baca: [TERKINI] Boleh Gunakan Kad Fizikal Vaksin Penuh Buat Masa Ini Bagi Yang Ada Masalah Tiada Sijil Digital – Khairy Jamaluddin

Sidang Media Kkm 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.