in

“Mengamuk pun tak guna” – Wanita Sedih Tak Dapat Naik Cruise Sebab Tak Tahu Pasport Kena ‘Renew’ 6 Bulan Awal

Renew Pasport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian sebuah keluarga ingin bercuti menaiki kapal persiaran mewah tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen disebabkan masalah pasport.


Menerusi perkongsian pengasas produk yang dikenali sebagai Azura di akaun TikToknya, dia memaklumkan pada hari kejadian mereka sekeluarga dilarang menaiki kapal persiaran itu disebabkan masalah pasport yang hampir tamat tempoh.

Menurut wanita itu, dia yang jarang bercuti ke luar negara lebih memilih untuk menaiki kapal persiaran kerana mempunyai fobia menaiki kapal terbang.

Tambahan pula, dia juga sudah lama merancang percutian itu untuk menggembirakan anak-anaknya namun tidak menduga percutian mereka terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.

@azuraww_

I anxiety naik flight. Takut naik flight. Dah dapat chances nak kapal laut rasa seronok sgt. Dgn anak2 plak tu. I mmg dah plan this special for them. Tapi Allah tak izinkan. Yang dapat naik anak sulong i seorang. Kami berempat (saya, suami. Aishah dan amir) x dapat naik. Try call the pic tak angkat2. Cuma saya berharap duit saya dapat refund untuk saya naik cruise lain atau trip yg lain at least. cruise worldcruise resortworldcruise cruisemalaysia passportluparenew passport

♬ original sound – AZURAWW | FOUNDER AJNAA – FOUNDER AJNAA

“Dah dapat peluang naik kapal laut, rasa seronok sangat. Dengan anak-anak pula itu. Saya memang dah rancang perjalanan istimewa ini untuk mereka. Tetapi Allah tak mengizinkan.

“Yang dapat naik, anak sulung seorang yang lain iaitu saya, suami dan dua lagi anak tidak dapat naik,” katanya.

Ujarnya, dia cuba untuk menghubungi individu yang bertanggungjawab menguruskan percutian mereka namun panggilan tidak dijawab.

Tak tahu pasport kena renew sekurang-kurangnya 6 bulan

Azura menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang prosedur pasport yang perlu diperbaharui sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal.

Dia memaklumkan tarikh luput mereka empat beranak pada 9 Disember tahun ini, namun tetap tidak dibenarkan masuk.

Wanita itu cukup terkilan kerana agensi yang menguruskan tiket tidak memberitahu dia dan keluarga untuk perbaharui pasport mereka enam bulan sebelum tamat tempoh serta berharap dapat menukar tarikh percutian atau refund yang berjumlah RM5,000.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang dihadapi Azura sekeluarga dan turut mempertikaikan cara pengurusan agensi yang terlibat.

Dalam pada itu, netizen juga berkongsi peringatan telah dinyatakan dalam pasport di mana pemegang pasport perlu memperbaharui pas perjalanan enam bulan sebelum menghampiri tamat tempoh, jika merancang untuk ke luar negara.

Screenshot 2023 08 15 171217

Justeru, sama-samalah kita mengambil pengajaran tentang perkara-perkara penting seperti ini sebelum tibanya hari percutian.

Baca: “Sini takde limit sehari 100” – Pemuda Kongsikan ‘Port Baek’ Nak Buat Pasport Baru Dengan Cepat
Ft Buat Passport Dekat Klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.