in

“Mengalir air mata ku melihat anak ku” – Datin Patimah Luah Rasa Sedih, Titip Doa Buat Syamsul Yusof

Ft Syamsul Yusof Datin Patimah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, ramai yang dah tahu bahawa perkahwinan antara pengarah  Syamsul Yusof dan Ira Kazar hanya bertahan selama 21 bulan selepas mereka berkahwin di Thailand dulu.

Mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pagi ini dan kisah hangat mereka telah menjadi buah mulut orang ramai dan ia sudah semestinya sampai ke perhatian ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail.


Artikel berkaitan : ‘Itu isteri tak berdaftar” –  Datin Patimah Tak Nak Ambil Tahu Pasal Isu Rumah Tangga Baru Syamsul Yusof

Artikel berkaitan : Kes Perceraian Syamsul Yusof: Ira Kazar Failkan Pengesahan Lafaz Taklik, Ada Kaitan Dengan Posting Media Sosial

Menerusi IG Story miliknya, Datin Patimah menzahirkan rasa sedih apabila melihat nasib anaknya itu dan sebagai ibu, dia ada mendoakan Syamsul Yusof.

“Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anak ku mengharungi takdir hidupnya seorang diri namun doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan.”

Screenshot 2024 09 05 151130

Untuk rekod, Syamsul Yusof telah membuat satu tindakan yang mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

Terdahulu, Syamsul dan Ira telah mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran video di Instagram Syamsul Yusof.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber : Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.