Tular di media sosial sebuah foto yang memaparkan imej Kaabah di Tanah Suci Mekah dari angkasa lepas dilihat bercahaya.
Difahamkan, foto tersebut telah dikongsikan oleh Don Pettit iaitu seorang angkasawan NASA dan juga saintis menerusi akaun Twitter, @astro_Pettit.

Artikel Berkaitan: Netizen Sebak Lihat Individu OKU Penglihatan, Pertama Kali Dapat Jejakkan Kaki Di Hadapan Kaabah
Artikel berkaitan : Umisya Muat Naik Foto Mesra Dengan Aslam, Kerjakan Umrah Bersama Isteri Pertama Abang Tesla
Menurut angkasawan tersebut, imej yang dikongsikannya itu ialah imej pandangan dari atas kawasan Mekah di Arab Saudi.
Tompok cerah dan bercahaya di tengah kawasan tersebut ialah Kaabah yang dapat dilihat dari angkasa lepas meskipun berada jauh beratus kilometer dari bumi.
Rata-rata warganet kagum dengan imej yang dikongsikan oleh angkasawan tesebut.
Sumber: @astro_Pettit
