in

“Mencemarkan reputasi saya” – Peguam Ram Singh Bidas Tuduhan Palsu, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-undang

peguam ram singh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam Datuk Ram Singh mengakui sedar gambarnya ketika berada di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah dikongsi secara meluas di media sosial dengan sindiran yang tidak sepatutnya.

Beliau yang mewakili seorang daripada lima remaja yang didakwa dalam kes berkaitan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bagaimanapun menegaskan bahawa tidak pernah menerima, meminta atau dipengaruhi oleh sebarang dorongan daripada mana-mana parti politik atau mana-mana pihak yang berhubungan dengannya.


“Saya mengambil maklum dengan kebimbangan sekeping gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial dengan sindiran yang mencadangkan integriti saya terjejas dalam satu perkara yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak.

“Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya.

“Sepanjang masa, saya telah menjalankan tugas mengikut standard etika tertinggi profesion undang-undang dan peraturan tata kelakuan profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

3244240

Artikel berkaitan: “Saya lakukan secara pro bono” – Peguam Datuk Ram Singh Nafi Tertuduh Anak VVIP

Artikel berkaitan: “Fitnah berniat jahat” – Peguam Zara Qairina Tegas Gambar Tular Bersama Menteri Sabah Gambar Lama

Sehubungan itu, Ram menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan sindiran tidak berasas yang berlegar di media sosial.

Tegasnya lagi, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua langkah undang-undang yang perlu demi melindungi nama dan reputasinya.

Semalam, media kecoh apabila Ram memaklumkan beliau mengambil kes tersebut secara pro bono dan menafikan tertuduh adalah anak orang kenamaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.