Tak masuk akal!
Itu ayat yang sesuai untuk menggambarkan bayaran yang dikenakan terhadap seorang wanita selepas dia menangis saat bertemu doktornya bagi mendapatkan rawatan.
Lebih mengejutkan, bayaran yang dikenakan kerana menangis, RM175, adalah lebih tinggi daripada ujian haemoglobin yang dilakukan iaitu berjumlah, RM131.
Dikongsikan oleh kakaknya, Camille Johnson yang juga seorang YouTuber, dia menjelaskan adiknya mempunyai sejenis penyakit jarang ditemukan dan akhirnya berjaya berjumpa dengan doktor. Pun begitu, ketika dia menangis, pihak hospital mengenakan caj pula dan melabelkan bil terbabit sebagai ‘Kelakuan Emosi’.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Camille itu sudah mendapat lebih 500 ribu tanda suka. Rata-rata pengguna laman sosial pula bertindak mengecam tindakan pihak hospital kerana mengenakan bayaran atas sesuatu yang berlaku secara semula jadi.
Rupanya dah banyak kali terjadi?
Meninjau di ruangan komen pula, ada pengguna laman sosial menceritakan pengalaman mereka sendiri dikenakan caj sama.
Menurut seorang pengguna yang pernah bekerja di pejabat doktor, tempat kerja lamanya pernah meminta bayaran tambahan kepada pesakit yang bertanya ubat jenis apa yang diberikan pada mereka.
“Mereka akan tulis pada bil sebagai caj ‘Konsultasi Ubatan’. Saya terus berhenti lepas tu sebab rasa tak sedap hati kenakan bayaran pada orang awam hanya sebab mereka ingin tahu,” kata pengguna terbabit.
Ada juga pengguna lain yang berkongsi pengalaman mereka diminta membayar caj ekstra berjumlah RM219 kerana telah menjawab lima borang soal selidik untuk memastikan mereka benar-benar mengalami kemurungan.
“Saya keguguran dan dah cakap kat doktor saya murung sebab itu tapi mereka tetap suruh saya jawab soal selidik dan caj saya lebih untuk itu. Emosi saya jadi lagi tak menentu!” katanya.
Seorang pengguna lain pula berkongsi pengalaman dimana dia dikenakan bayaran ekstra lebih RM400 kerana mengalami panic attack. Jelasnya, bil terbabit melabel caj tambahan itu sebagai ‘Caj Kelakuan’.
Sumber: Camille Johnson
Baca: “Aik, habis tu? Takkan nak ketawa” – Wanita Dakwa Dicaj RM46 Sebab Menangis Masa Pembedahan