Pelakon terkenal Malaysia, Siti Saleha menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana berjaya merangkul Trofi Outstanding Asian Star menerusi Seoul International Drama Awards.
Penghargaan itu diberikan atas lakonannya dalam drama bersiri SeOfis yang ditayangkan di laman penstriman Tonton pada Januari lalu.
Artikel berkaitan: 5 Pelakon Yang Sanggup Buat Perubahan ‘Extreme’ Untuk Buat Watak Nampak Realistik
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Orang Hebat Nama Siti, Ini Asal Usul Maksudnya
“Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya.
Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun itu turut berjaya menarik perhatian netizen tempatan kerana kecantikannya pada malam anugerah itu.
View this post on Instagram
Siti Saleha atau nama penuhnya, Siti Saleha binti Mohd Baharum menggayakan gaun kuning cair ketika acara itu dan kelihatan begitu elegan.
Malah dalam satu hantaran di aplikasi X, difahamkan kecantikan Siti Saleha pada malam itu turut trending dalam laman carian Korea Selatan, Naver.
Malaysian actress siti saleha (시티 살레하) has trending articles on naver!!! they all complimented her dress and how beautiful she is at the SDA! 🥹🫶🏻✨ pic.twitter.com/8wPfv2HVAD
— 🆓🍉✨ (@loftsedfaun) September 25, 2024
Sebagai info, Seoul International Drama Awards diperkenalkan sejak tahun 2015 berperanan mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.
Sumber: X, Buletin TV3