in

“Memang saya jadi ‘bad boy’ sebab nyawa rakyat perlu dilindungi” – Ismail Sabri

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula Mac tahun lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang dia sanggup jadi “bad boy” di mata rakyat bagi melindungi orang ramai.


Dalam sidang media semalam, menteri ini mengaku PKP dan SOP yang dibuat telah memberikan kesan kepada orang ramai namun tindakan drastik ini perlu diambil kerana ketika itu belum ada negara lain yang boleh dijadikan panduan kerana semua tengah bergelut dengan penularan virus Covid-19, lapor Berita Harian.

Ismail Sabri 19012021

Tambahnya lagi, ketika itu kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja bertugas di kementerian masing-masing sebelum PKP diumumkan.

Apa yang kita lakukan adalah acuan kita sendiri. Alhamdulillah kita lihat, kita memperoleh kejayaan. Memang benar saya jadi ‘bad boy’ lah kerana saya yang terpaksa menutup (sempadan).

“Saya yang terpaksa memperkenalkan SOP ketat dan sebagainya, tetapi ia adalah antara nyawa dan kehidupan. Bagi kita (kerajaan) nyawa rakyat amat penting dan mesti dilindungi.”

Katanya lagi, kerana itulah PKP pertama sangat ketat sehingga tak ada pergerakan, semua duduk di rumah dan bila keadaan semakin baik, kerajaan perkenalkan pula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan membenarkan beberapa sektor ekonomi dibuka.

Pun begitu, sehingga kini, kerajaan masih memastikan SOP yang diperkenalkan dipatuhi dan sekatan jalan raya serta kawalan sempadan masih dilaksanakan untuk mengawal kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk memperkasakan Ops Benteng.

 

Baca: Individu Langgar SOP Akan Dikompaun Sehingga RM10,000 Mulai 11 Mac

Screenshot 2021 03 02 At 1.57.35 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.