Siapa je tak excited apabila pempengaruh Khairul Aming membuka slot tempahan restoran Rembayung malam tadi?
Namun disebabkan terlalu ramai yang ingin membuat tempahan, platform yang digunakan pempengaruh itu mengalami gangguan teruk selepas lima minit ia dibuka pada jam 9 malam.
Lonjakan trafik secara mendadak itu telah membuatkan laman web berkenaan crash dan tidak dapat diakses dalam tempoh yang singkat.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membuat tempahan, malah ada juga yang mengecam pihak vendor yang mengendalikan sistem tempahan berkenaan.

“Saya minta maaf website crash”
Susulan masalah yang dihadapi, Khairul Aming telah membuat permohonan maaf di Threads dan memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku adalah di luar jangkaan pihaknya.
Menurut Khairul, sebanyak 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan di Rembayung dan pihaknya akan cuba memberikan pengalaman menjamu selera yang terbaik di restoran itu.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Tiada VIP room, semua dijemput jamu selera” – Restoran Rembayung Khairul Aming Bakal Dibuka 6 Januari Ini
Artikel berkaitan: “KA bukan buka mall” – Minta Buat Bilik Nursing Di Rembayung, Ramai Anggap Permintaan Netizen Berlebihan
Saya minta maaf website crash tadi. Memang ramai orang maki hamun, aku pun dah speechless tak tahu buat apa tadi.
“Aku dah prepare tapi malangnya traffic tu sangat tinggi. Ada 3,000 orang customer berjaya booked untuk dining dekat Rembayung bermula lusa dan hari-hari seterusnya,” katanya.
Khairul Aming juga berjanji untuk menyelesaikan masalah tempahan berkenaan dan memaklumkan dia juga kurang rehat kerana tidak cukup tidur kebelakangan ini.
Aku tak tahu nak respond apa. Saya pun tak tidur malam. Ini waktu-waktu terakhir. Kepada yang marah dekat saya dengan team, saya mohon maaf sekali lagi. Let us fix the issue,” katanya lagi.
Penjelasan itu menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Khairul Aming untuk terus jayakan perniagaannya itu.
Sumber: Threads
