in

“Memang dah rancang nak tutup” – Penutupan Jalan Gombak Lama Tak Ada Kaitan Dengan Artis Rentas Negeri

Ft Gombak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penutupan Jalan Lama Gombak menghala ke Genting Sempah dikatakan menimbulkan banyak reaksi dalam kalangan netizen.


Mana tak nya, semalam kan viral kes artis mengayuh sampai rentas negeri!

Susulan kejadian itu, nama pelakon wanita tersebut  bermain di mulut netizen kerana menyebabkan jalan itu ditutup.

 

Capture 8 2

 

Tapi sebenarnya tak ada kaitan pun. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe penutupan jalan itu telah dirancang, walaubagaimanapun pelan itu belum dilaksanakan lagi.

“Tidak (artis wanita berbasikal). Jalan itu merupakan antara jalan yang dirancang akan ditutup tapi belum dibuat.

“Jadi malam tadi pukul 8 malam jalan itu sudah ditutup oleh JKR Gombak dan polis,”

Pihak polis juga mendapati ramai individu yang menggunakan jalan itu untuk mengelak sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan lapor Malaysia Gazette

Ada yang guna sebagai jalan tikus, patutlah pihak polis tutup…

“Orang dari Bentong hendak elak SJR di Tol Gombak sebab itu guna jalan lama. SJR juga dibuat di jalan lama tapi bukan 24 jam, hanya 8 jam.

“Lepas itu saya dapati mereka ini cuba melalui Jalan Gombak Lama jadi kita terus tutup,”

 

Capture.png 1

 

Menurut pihak polis juga, aktiviti bersukan tanpa sentuhan adalah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jadi memang tak ada kaitan dengan mana-mana individulah, sebab jalan tu dah lama diperhatikan pihak polis.

So ada baiknya kita berhenti menunding jari, tak baik tuduh-tuduh orang ni…

 

Baca : “Maaf atas kekeliruan” – Didakwa Berbasikal 10KM Rentas Negeri, Bella Dally Tampil Jelas Perkara Sebenar

Capture 8 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.