in

“Maaf atas kekeliruan” – Didakwa Berbasikal 10KM Rentas Negeri, Bella Dally Tampil Jelas Perkara Sebenar

Bella3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular hari ini berkenaan penahanan seorang artis wanita tempatan yang didakwa telah melanggar SOP dengan merentasi sempadan dalam aktiviti berbasikal.

Menurut laporan Berita Harian, tangkapan dibuat setelah laporan polis dilakukan oleh pihak polis sendiri selepas ternampak satu hantaran di Instagram artis berkenaan.


Ketua Polis Daerah Gombak berkata,

“Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama ‘belladally’ dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with @diyanabana’.”

Kita mengesyaki pemilik akaun Instagram itu merentas negeri tanpa kebenaran polis.”

“Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah.

“Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke ibu negara.”

Bella ni memang aktif, jaga kesihatan.

Bella

Artis berkenaan dan rakannya kemudian dipanggil untuk hadir ke balai polis untuk beri keterangan.

“Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 8 malam, tadi ketika mereka hadir ke IPD Gombak.

“Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai mengambil keterangan mereka.”

 

Susulan itu, tanpa membuang masa membiarkan spekulasi terus berlarutan, Bella Dally tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.

“Saya sudah memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.”

 

Sebenarnya tak rentas negeri – Lapor Harian Metro

“Gambar yang saya muat naik di Instagram dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with …” menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya merentasi sempadan negeri Selangor dah Pahang serta melanggar PKPB.”

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri,”

Bella 1

Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.”

 

Bella mohon maaf atas kekeliruan

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada hantaran di Instagram saya tempoh hari.

“Ini sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat sentiasa.”

 

Pendapat min lah, dua-dua dah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat. Janganlah dikecam tanpa usul periksa. Biar polis jalankan siasatan.

 

Baca : “Hendak memancing dan hantar kucing” –  Antara Alasan Orang Awam Berikan Nak Rentas Negeri Masa PKPB

Pkpb

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.