Hidup berjiran ini ada manisnya, kalau dapat jiran yang baik macam-macam rezeki boleh dikongsi bersama.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang jiran menanam pokok limau untuk jirannya, lebih mengharukan jirannya itu merupakan seorang yang berbangsa Cina manakala dia merupakan orang Melayu.
Artikel berkaitan: “Tengok Kanan Rumah Mak, Tengok Kiri Rumah Mentua”- Wanita Kongsi Pengalaman Seronok Berkahwin Dengan Jiran
Artikel berkaitan: Wanita Terkejut, Halaman Rumah Diguna Oleh Jiran Untuk Tanam Cili Tanpa Minta Izin
Dalam video yang dimuatnaik oleh @fitramlan itu, difahamkan jirannya itu sudah tiga kali menanam pokok limau itu di dalam pasu di hadapan rumahnya.
“My jiran, dah tiga kali dia tanam. Masalahnya dia tanam untuk kitorang sebab dia tau orang Melayu suka buat sambal,” tulisnya.
Menerusi video pendek itu, dapat dilihat keakraban mereka yang sangat selesa di antara satu sama lain, meskipun berlainan bangsa dan agama.
“Syukur dapat jiran macam ni”
Neitzen rata-rata memuji keakraban mereka berdua serta terharu dengan tindakan jirannya itu, malah ramai juga yang berpesan agar sentiasa membalas budi jirannya itu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka berjiran dengan kaum yang berbeza tetapi masih harmoni.
Comel betul lah!
Sumber: TikTok