in

“Mayat masih ada dalam kereta” – Situasi Hiba Pasca Banjir Di Kuala Simpang, Aceh

ft pasca banjir aceh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, hujan berlarutan yang terjadi sejak kebelakangan ini telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, malah di negara lain seperti di Aceh juga antara tempat yang sangat terkesan dan mengalami situasi sangat teruk.

Memetik laporan Sinar Harian, ia diibaratkan bencana alam terburuk selepas tsunami yang melanda pada tahun 2004 lalu. Selepas kejadian tersebut berlaku, situasi pasca banjir di situ amat menghibakan dia ia dapat dilihat menerusi perkongsian daripada usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Cut Melisa ini.


Artikel berkaitan : “Tetangga lebih perhatian” – Netizen Indonesia Berterima Kasih Malaysia Hantar Bantuan Perubatan Ke Aceh

Artikel berkaitan : Aceh Keluarkan Peraturan Masa Ramadan, Larang Berbuka Dengan Bukan Mahram

Kereta tersadai, ada yang masih ada mayat

Melihat video yang dikongsikan, suasana di sekeliling Kuala Simpang begitu huru-hara dan dipenuhi dengan kereta-kereta yang masih terkandas di kawasan tersebut biarpun bencana tersebut sudah 8 hari berlalu.

Ketika dia melalui kawasan itu, Cut Melisa memohon agar mana-mana pihak untuk menghulurkan makanan dan minuman sebagai bantuan kepada anak-anak kecil yang ada di tepi jalan.

Lebih mengharukan lagi, kereta yang terkandas tersebut masih lagi tidak dituntut kerana ada tuan empunya kereta mahupun ahli keluarga meninggal dunia akibat banjir. Bahkan, dakwanya masih ada mayat di dalam kereta tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Princces Melisa😘 (@cut_melisa)

“Ini hari ke 8 tapi kereta di sini belum ada yang ambil kerana yang punya kereta meninggal di tempat dan di dalam kereta masih ada mayat, tolong yang punya keluarga yang belum pulang boleh cek ke sini.”

Sumber : Sinar Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.