in

Aceh Keluarkan Peraturan Masa Ramadan, Larang Berbuka Dengan Bukan Mahram

Peraturan Di Aceh Bulan Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa peraturan sempena memasuki bulan Ramadan tahun 1444 Hijrah telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh, Indonesia telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Difahamkan ada beberapa peraturan diteruskan dari tahun terdahulu seperti larangan ke atas restoran dan gerai daripada berniaga pada waktu siang, selain larangan operasi premis hiburan seperti kafe internet, karaoke serta permainan snuker.


Selain itu, penduduk wilayah yang digelar Serambi Mekah itu juga tidak dibenarkan untuk bermain permainan video online. Sebaliknya, mereka digalakkan untuk memeriahkan aktiviti belia Islam yang diadakan di sekolah-sekolah pondok disana.

45579989 363805687523957 8974709330385305600 N

Namun antara peraturan yang menjadi perhatian ramai adalah peraturan yang melibatkan jantina berlawanan terutamanya yang tidak mempunyai pertalian saudara ataupun bukan mahram.

Pemerintah Aceh Barat melarang individu bukan mahram daripada membonceng motosikal bersama semasa bulan Ramadan dan mendakwa peraturan tersebut dikeluarkan bagi mengelak orang ramai melakukan maksiat, seterusnya boleh membatalkan puasa.

Polis Aceh Tahan Wanita Berpakaian Ketat

Selain itu, mereka yang bukan mahram juga dilarang untuk duduk semeja ketika berbuka puasa dan pemilik kedai makan dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pengunjung mengenai perkara tersebut.

Difahamkan, pengusaha kafe atau kedai makan juga diminta untuk menutup kedai mereka 15 minit sebelum solat Isyak bermula.

Baca : “Dia tergila-gilakan saya” – Warga Emas Ini Dilabel Sebagai ‘Raja Playboy’ Sebab Dah Kahwin 87 Kali

Ft Raja Playboy

Sumber: Facebook
Sumber: SATPOL PPWH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.