Ketika dunia sedang bergelut dengan wabak coronavirus, kini muncul pula satu penyakit misteri yang ‘menyerang’ Afrika.
Memetik laporan The Independant, sehingga kini seramai 15 orang terkorban dengan lebih 100 orang telah dijangkit penyakit misteri tersebut.
“Mereka yang dijangkiti akan muntah, bengkak-bengkak dan mengalami cirit birit”.
Dilaporkan kes pertama dicatatkan pada akhir bulan lepas di Benue, bahagian Tenggara Abuja.

Sehingga kini mereka masih belum berjaya mengenalpasti penyakit misteri tersebut.
Rata-rata mangsa yang dijangkiti akan mati dalam lingkungan 48 jam”- Wakil Benue
Sementara itu memetik The Sun News Online, Menteri Kesihatan Nigeria, Osagie Ehanire memaklumkan penyakit misteri tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda Ebola atau demam Lassa ( dua penyakit utama yang selalu menyerang bahagian Barat Afrika).
Malah katanya simptom yang ditunjukkan juga tidak mempunyai persamaan dengan novel coronavirus (2019-nCoV).

Osagie turut mengumumkan bahawa Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) telah dimaklumkan tentang kes tersebut dan respon kecemasan ke atas kawasan terjejas telah diaktifkan.

Tanggapan awal punca penyakit misteri ini dikatakan berpunca dari bahan kimia yang digunakan untuk memancing, tapi setakat ini belum ada pengesahan berhubung perkara tersebut.
Semoga negara kita dijauhkan dari bala dan bencana
Baca : “Makin seram!” SAH! Coronavirus Yang Dah Bunuh Lebih 1000 Orang Ini Boleh Dijangkiti Melalui Udara!