in

Matahari Bakal ‘Bersinar’ Di Antara Menara KLCC Pada 27 Febuari Ini!

Untitled Design 96

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menara Berkembar Petronas (KLCC) merupakan sebuah mercu tanda yang ikonik dan sinonim dengan rakyat Malaysia. Pelancong dari dalam dan luar negara mesti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke KLCC jika ada peluang kan?


Menara berkembar ini juga memberikan sebuah pemandangan yang indah, malah ia juga bukti kemodenan negara Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, difahamkan pada 27 Febuari ini, penduduk Lembah Klang bakal menyaksikan sebuah pemandangan unik di mana matahari bakal terbit di antara dua menara berkembar itu.

Menurut tweet yang dikongsikan oleh seorang jurugambar @syazbasri, sebelum ini pemandangan itu sempat dirakamkan pada tahun lepas. Dia juga berkongsi, tempat paling cantik untuk melihat pemandangan tersebut adalah di Changkat Tungku Lookout Point.

Perkara itu dikatakan dapat diketahui menerusi sebuah aplikasi yang menunjukkan kedudukan atau posisi matahari pada waktu tersebut.

Dalam tinjauan Lobak Merah, ada juga pengguna Twitter yang berkongsi keadaan di lookout point itu bakal menjadi sesak, jadi semua perlu patuhi SOP ok?

Siapa yang ada kamera hebat bolehlah set kalendar! 

 

Baca: ‘Luar biasa!’ – Fenomena ‘Langit Terbelah’ Di Serata Jepun Raih Perhatian Netizen

Untitled Design 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.