in

“Mata berkelip kalau tengok dari dekat” – Rosalia Lombardo, Mumia Jelita Yang Digelar ‘Sleeping Beauty’ Di Alam Nyata

Rosalia6

Kalau disebut cerita mengenai mumia ini, pasti dalam otak kita terus fikir yang kat Mesir tu kan? Mumia ini memang sinonim dengan sesuatu yang menakutkan, sebab ia merupakan mayat yang telah diawet.

Ada beberapa sebab kenapa mayat si mati itu perlu diawetkan, misalnya mungkin si mati tu benar-benar bemakna buat si pewaris ataupun selalunya si mati itu tokoh yang bukan calang-calang orang.

Antaranya raja di Mesir Tutankhamun, Firaun ataupun VLadimir Lenin yang merupakan tokoh penting di Rusia. Selain ketiga-tiga individu yang terkenal telah ‘dimumiakan’ ini, korang pernah dengar pasal kanak-kanak mumia Rosalia Lambardo?

 

Rosalia Lombardo, Mumia kanak-kanak 2 tahun

Rosalia2

Roralia

Dia diawet kerana ayahnya, Mario Lambardo terlalu sedih apabila anaknya Rosalia ini meninggal dunia seawal umur 2 tahun.

Kanak-kanak Itali yang lahir pada 13 Disember 1918 ini meninggal dunia pada tahun 1920 akibat penyakit pneumonia.

Jadi, Mario buat keputusan untuk meminta  Alfredo Salafia (pengawet manusia) untuk mengawet mayat anaknya ini untuk mengabadinya puterinya yang cantik ini.

Mayat Rosalia disimpan dalam satu keranda kayu yang kini dimasukkan dalam peti kaca. Tengok kat bawah ni.

Rosalia5
Sumber : wikipedia

Mumia Rosalia kini bertempat di Capuchin Catacombs of Palermo, iaitu sebuah muzium mayat di Itali. Menurut sumber, Rosalia adalah mumia paling cantik sehingga dia digelarkan Sleeping Beauty of the Capuchin Catacombs.

 

Mata seolah-olah berkelip kalau diperhatikan dengan dekat & cara Rosalia diawet berbeza dengan mumia lain.

Rosalia3

Kalau dipandang ia seolah-olah sedang tidur, tapi apa yang agak creepy sebenarnya kata pengunjung, mata dia kalau kita pehatikan dekat-dekat ia seolah-olah berkelip.

Rosalia4

Lepas tu matanya yang berwarna biru itu seolah-olah tengah tenung tajam dekat kita kalau kita suluhkan lampu.

Menurut salah seorang ahli pengawet mayat manusia, cara Alfredo mengawet mayat Rosalia ini tak sama macam dia awet mayat lain.

Alfredo ada suntikkan zinc salt, alcohol, salicylic acid, dan glycerin ke dalam badan Rosalia. Dalam proses mumia mayat Rosalia, orang-orang dalam tubuhnya akan dikeluarkan agar rongga badan dia sentiasa dalam keadaan kering.

 

Baca : Catacombs of the Capuchins : Muzium Mayat REAL& SEMPURNA Yang Masih Simpan Misteri Sehingga Kini.

Mayatreal