Catacombs of the Capuchins : Muzium Mayat REAL & SEMPURNA Yang Masih Simpan Misteri Sehingga Kini.

Siapa kaki travel kat sini? Angkat tangan sikit.

Mana geng-geng backpacker sejati tu? Admin nak share tempat yang boleh korang lawati especially buat mereka yang suka lawat tempat yang rare dan ‘berseni’.

Bukan apa, rasanya dah terlalu biasa kalau kita lawat tempat seperti bangunan bersejarah, pantai, pusat shopping dan lain-lain.

Terowong yang simpan lebih 8,000 mayat

Kali ni apa yang admin nak share memang tempat yang lain dari yang lain iaitu muzium.

Ini bukan muzium biasa okay tapi muzium mayat.

Yes! Tempat ni dipanggil The Capuchin Catacombs yang terletak di Palermo, Itali dan lokasi ini sememangnya popular bagi mereka yang sukakan destinasi menyeramkan dan mengerikan.

Kalau korang nak tahu, kat sini ada terowong yang memuatkan lebih 8,000 mayat yang disusun cukup cantik dan teratur di rak (Katakombe Capuchin) malah ada juga yang digantung di dinding dan ia telah wujud sejak kurun ke-18 dan 19 lagi..weh giler ke ape?

Mayat-mayat yang diletakkan di Katakombe Capuchin ini ditaja penjagaannya oleh waris si mati.

The Capuchin Catacombs rupanya bekas kawasan perkuburan abad ke-16

Bagi spesis-spesis yang hati kering dan sukakan elemen mistik, ini memang lokasi tepat dan akan memberikan keseronokan bagi korang tapi sebaliknya kepada mereka yang penakut atau jenis lemah semangat, admin yakin sepanjang dalam muzium tu jantung korang akan berdegup kencang.

Malah ada pelancong yang pernah ke sini berkata semua mayat kat sini sangat menyeramkan, sampai ada yang kata mulut mayat-mayat tersebut seakan-akan bercakap selain muka boleh berubah-ubah.

Untuk pengetahuan korang, asalnya lokasi ini merupakan kawasan perkuburan yang telah wujud sejak abad ke-16, sebelum sami pada waktu itu iaitu pada 1599 telah menggali salah satu kubur kemudian mengawet rangka mayat tersebut untuk tujuan pameran..mana la sami ni dapat idea nak buat pameran mayat-mayat.

So lepas tu, makin banyak permintaan daripada keluarga si mati bagi mengeluarkan mayat, diawet dan dipamerkan di situ.

Actually pada awalnya, tujuan mereka lakukan perkara sedemikian adalah sebagai simbol status.

Pelancong pernah kena ganggu sampai ‘gila’

Paling best, mayat ini akan dipakaikan dengan pakaian yang lengkap mengikut kehendak keluarga si mati dan pakaian mayat akan ditukar dari semasa ke semasa mengikut musim dan waktu..amboi, kemain lagi ikut musim.

Alang-alang korang dah baca pasal The Capuchin Catacombs, ini admin nak kongsikan bahawa bayi berusia dua tahun, Rosalia Lombardo merupakan antara mayat termuda diletakkan di Katakombe Capuchin.

Manakala orang terakhir dikebumikan masukkan ke Katakombe adalah Brother Riccardo, iaitu pada 1871 sebelum ditutup secara rasmi pada 1880.

Namun, tempat ini terus dikunjungi pelancong sehingga hari ini.

Haa mesti korang tertanya-tanya, tak ada ke yang kena rasuk? kena kacau? hantu ikut balik rumah? dan lain-lain.

Sebenarnya ada kisah yang dikongsikan, katanya ada seorang pemuda yang mabuk tersesat sehingga sampai ke bangunan itu pada waktu malam.

Dikatakan lelaki itu berhadapan dengan pengalaman ngeri, sebab apa? Sebab waktu dia dijumpai, keadaannya amat teruk malah akibat keadaannya yang tidak menentu, kemudiannya dihantar ke hospital gila..apa la agaknya mamat ni nampak kan?

Disebabkan pelbagai cerita mengenai tempat itu, lantas ia menjadi antara daya tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Info tambahan

Katakombe dikekalkan melalui sumbangan waris si mati. Setiap rangka baharu akan diletakkan dalam ruang sementara dan kemudian diletakkan di tempat yang lebih kekal.

Selagi sumbangan berterusan, rangka tetap berada di tempat sepatutnya dan akan dikeluarkan daripada rak sekiranya waris tidak menghantar wang lagi.

Rangka akan diketepikan di rak sehingga mereka menyambung semula pembayaran.

So amacam? Berani tak nak pergi ke The Capuchin Catacombs ni? Kalau ada yang nak pergi tapi tak ade geng, boleh roger admin tapi dengan syarat korang sponsor admin okay..hahah

Baca : Jack The Ripper : Pembunuh Bersiri Paling Kejam, Mangsa Disembelih, Anggota Badan Dilapah, Dipotong  Organ Dirobek, Namun Identiti Kekal Misteri.

 

 

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.