in

“Masuk Malaysia guna pasport Perancis” – Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Pucuk Senjata Api Di KL

Lelaki Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang lelaki Israel yang telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah hotel di ibu negara.


Memetik laporan Sinar Harian, penangkapan itu telah dilakukan oleh pihak polis pada Rabu lalu dan lebih megejutkan, enam laras senjata api beserta 200 butir peluru telah ditemui bersama-sama lelaki itu di dalam bilik hotel terbabit.

Kesemua senjata dan peluru terbabit juga telah dirampas.

Siasatan polis mendapati bahawa suspek tersebut telah menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, senjata api yang ditemuikan bersama-sama lelaki itu merupakan jenis Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Stoeger, Sih Sauer dan Glock 19 Marine.

1 1 3

Menurut Tan Sri Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Negara, ketika tangkapan dibuat, suspek turut memberikan satu lagi pasport miliknya iaitu dia merupakan warga negara Israel.

Artikel Berkaitan: “Terlepas pandang” – Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Meninggal Di Usia 87 Tahun, Kenali Jacob Rothschild & Peranan Keluarganya Dalam ‘Pembentukan’ Israel

Difahamkan lagi, suspek berusia 36 tahun itu telah membeli kesemua senjata dan peluru-peluru itu menggunakan mata wang kripto.

Suspek mendakwa ketika siasatan bahawa dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kerana ada isu keluarga, lapor Berita Harian. Namun, pihak polis tidak mempercayai dakwaannya itu.

Pihak polis percaya suspek mungkin mempunyai agenda lain masuk ke Malaysia dan setakat ini, suspek sedang direman sehingga 31 Mac ini.

Pihak berkuasa turut percaya bahawa suspek telah duduk di dua hotel berlainan sebelum ditangkap.

Difahamkan, pihak polis pada mulanya telah mendapat makluman awam tentang pergerakan lelaki tersebut yang meragukan.

Polis kemudiannya telah mengekori suspek sebelum memberkasnya.

Polis juga sedang menyiasat jika lelaki itu merupakan ejen Israel.

Dalam masa yang sama, pihak PDRM turut mengetatkan keselamatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan beberapa lagi VVIP kerana khuatir ia mempunyai kaitan dengan isu Palestin dan Israel.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.