in

“Masjid limited je kan” – Jom! Ini Asas Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Yang Anda Perlu Tahu

Ini Garis Pandun Asas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi beberapa hari umat islam akan menyambut hari raya, namun raya tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya.


Pada mulanya netizen gembira bila dengar masjid kini dibuka, tetapi ianya berubah bila dikhabarkan bilangan jemaah masjid tersangatlah terhad. Hmm..min pun sedih tau.

Demi mematuhi SOP yang diberi, ramai yang ambik keputusan untuk buat solat sunat Aidil Fitri di rumah, tapi tau ke macam mana nak buat?

Giphy

Sebenarnya mudah sahaja nak lakukan solat sunat Aidil Fitri ni, menerusi akaun Facebook Ustaz Khairul Anuar Basri, dia telah kongsikan garis panduan asas dalam menunaikan solat sunat ini.

Berikut adalah garis panduan yang anda perlu ikut.

Cara Menunaikan Solat

– Lafaz Niat

Imam

Solat1

Makmum

Solat2 1

Setiap ibadah yang kita lakukan mesti ada niat, jika nak lafazkan dalam bahasa melayu pun tak apa tau.

– Takbir sebanyak 7 kali (Rakaat Pertama)

Solat3 2

Selepas korang baca doa iftitah, jangan lupa takbir ‘Allah Huakbar’ sebanyak 7 kali, disusuli dengan selawat nabi. Selepas itu baru baca surah lain seperti biasa. Ingat Al-fatihah dulu tau.

– Takbir sebanyak 5 kali (Rakaat Kedua)

Sama sahaja macam rakaat pertama tadi, tapi kali ini perbezaannya hanya pada jumlah takbir.

 

Khutbah Pertama

Ini part yang ramai orang risau, mungkin sebelum ini mereka tidak pernah bacakan khutbah. Tapi menurut Ustaz Kahirul Anuar Basri, baca yang simple sahaja sudah cukup memadai.

– Ucap ‘Alhamdulillah’.

– Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.

– Pesan pada makmum anda iaitu keluarga sendiri untuk bertaqwa pada tuhan.

– Akhiri dengan potongan ayat Al-Quran ini. Surah 3 Qul pun tak apa. 

 

Khutbah Kedua

Sama juga seperi khutbah pertama, cuma ada penambahan bacaan doa di akhir khutbah.

– Ucap ‘Alhamdulillah’.

– Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.

– Pesan pada makmum anda iaitu keluarga sendiri untuk bertaqwa pada tuhan.

– Akhiri dengan potongan ayat Al-Quran ini. 

– baca doa untuk seluruh umat islam

Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua dunia akhirat.

Kemudian anda boleh bersurai dan makan juadah bersama keluarga. Jika musykil dengan bacaan khutbah, Ustaz ini menyankan untuk kita practice beberapa khutbah yang telah dimuat naik di internet.

 

Baca: Panduan Solat Tarawih Di Rumah Sepanjang PKP Seperti Yang Disarankan JAKIM

Annotation 2020 05 18 174810

 

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Kata Ustaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.