in

Masih Berkhayal, Delusional dan Belum Menyesal?

1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu-satu perkara yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ni mendapat perhatian orang ramai. Supporters Najib sudah pastinya mencurah-curah air mata sedih mengenangkan nasib hero dorang yang kecundang.


Tapi lain pulak dengan golongan anti-Najib yang mendakwa bekas PM ni makin lama makin pelik sikapnya meskipun berdepan dengan pelbagai tuduhan undang-undang. Kata netizen, Najib kini masih berkhayal, delusional dan belum menyesal! Ini rangkuman pendapat netizen dari Malaysiakini dan ruang Twitter.

 

Najib anggap semua orang memfitnahnya

Anonymous_1fcb07f5 di Malaysiakini menulis:

“Najib, mungkin US Department of Justice (DOJ) sedang memfitnah kamu, pihak berkuasa Switzerland dan pihak berkuasa Singapore Monetary juga memfitnah kamu dan tambahan lagi, semua orang di Malaysia (tak termasuk penyokong kamu) sedang memfitnah kamu. 

“Ramai sungguh yang memfitnah kamu sebenarnya. Tapi malang untuk kamu, kebenaran sudah terbongkar. Tolonglah jangan terus menipu kepada rakyat di Pekan.” 

P2 Main 2602Nv Pg02B Nava 1
sumber: the star

 

Najib patut rakam ucapannya sendiri dan dengar semula

Susahkes di Malaysiakini menulis:

“Wahai bekas PM, awak pernah cakap dulu yang awak sangat menghargai kejujuran dari kebijaksanaan seseorang, tapi saya kena mengaku yang apa awak cakap ni sangat kena diri awak sendiri. 

“Awak patut rakam percakapan sendiri dan dengar balik semula untuk tahu betapa merapunya awak ni sebenarnya. Saya tak tahulah macam mana awak boleh jadi PM sejak 2009 dulu dan betapa teruk awak jatuhkan diri sendiri.” 

Najib Obama
sumber: mstar

 

Najib delusional

Rangkuman netizen di Twitter pulak berkata:

Najib Delusional
sumber: twitter

 

Najib tak mahu mengaku salah

Lagi luahan netizen di Twitter:

Najib Ignorant
sumber: twitter

Sejujurnya admin tak suka melabel sesiapa mahupun mengutuk seseorang individu itu dengan tuduhan itu dan ini. Namun melihatkan apa yang menimpa bekas Perdana Menteri kita dan bagaimana reaksinya tentang isu ini, anda lebih bijak menilai bagaimana bukan?

Lebih baik buat masa ini, Datuk Seri Najib fokus dengan kes 1MDB nya dan elakkan cetus kemarahan orang ramai. Diam lebih baik dari memburukkan keadaan. Semoga isu ini selesai dengan secepatnya.

Tenor

Apa pandangan anda mengenai bekas Perdana Menteri kita? Tinggalkan komen di Facebook Lobak Merah.

Baca: “Najib lidah bercabang” 

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.