in

“MashaAllah” – Netizen Terhibur Lihat Beyoncé ‘Shopping’ Di Qatar, Siap Berjubah & Berhijab

syaz ft 2025 10 17T125838.818

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyoncé, mencuri tumpuan ramai apabila muncul dengan penampilan yang jauh berbeza daripada kebiasaannya sewaktu berada di Qatar baru-baru ini.

Beberapa gambar dan video yang tular di platform X menunjukkan penyanyi lagu Halo itu mengenakan abaya hitam longgar lengkap bersama tudung dan cermin mata gelap, ketika berjalan di sebuah pusat beli-belah mewah di Doha.


Artikel berkaitan: “Apa maksudnya?”-  Admin ‘Fan Page’ Beyoncé Bingung Dengan Komen Netizen Malaysia

Artikel berkaitan: Putri Dahlia Tak Gentar Dikecam, Anggap Ujian Selepas Buka Hijab Sebagai Penguat Semangat Diri

Penampilannya itu nyata mengejutkan peminat di seluruh dunia yang tidak menyangka ikon fesyen seperti Beyoncé akan tampil begitu sopan dan menutup aurat sepenuhnya. Ramai netizen turut memuji sikap hormat beliau terhadap budaya serta sensitiviti masyarakat Islam di negara Teluk tersebut.

Menurut laporan Kosmo!, kehadiran Beyoncé ke Qatar dipercayai atas urusan perniagaan bersama suaminya, Jay-Z. Namun, apa yang menjadi bualan utama bukanlah tujuan lawatannya, sebaliknya gaya berbusana yang dianggap ‘penuh hormat dan elegan’.

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kagum melihat transformasi sementara itu. Ada yang menyifatkan penyanyi berusia 44 tahun itu sebagai ‘benar-benar memahami adab berpakaian ketika berada di negara Islam’, manakala sebahagian lain menganggap beliau sekadar cuba menyamar bagi mengelak perhatian umum.

Walau apa pun sebabnya, tindakan Beyoncé mengenakan abaya dan tudung ketika berada di Qatar tetap dianggap simbolik kepada keperibadian profesional dan rasa hormat terhadap budaya setempat, ia juga sesuatu yang jarang dilakukan oleh selebriti Barat.

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.