Pengguna yang terkesan dijangka bakal terima bekalan air semula pada jam 3 petang ini secara berperingkat-peringkat. Perkembangan itu dikongsi oleh Air Selangor di laman Facebook rasmi dan berkata pelan pemulihan bekalan air juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
https://www.facebook.com/1334979406532638/posts/3847642521932968/?d=n
Tambahan 51 beg ‘Activated Carbon’ bersamaan 1257kg telah ditambah malam ini di sekitar tapak kejadian pencemaran.
Tindakan bersepadu ini turut disertai pelbagai agensi antaranya, LUAS, IPD Gombak, MPS, JAS, SPAN, PTDG, AIR Selangor dan IWK. https://t.co/6MKSDg5iGs pic.twitter.com/ZbzGnMufy2
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 10, 2020
Dalam tahun ini saja negeri Selangor sudah mengalami gangguan bekalan air beberapa kali. Semalam, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memaklumkan melalui Facebook bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 – 12.45 tengah hari akibat pencemaran bau.
Difahamkan pencemaran tersebut telah dikesan di Sungai Selangor sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Setakat jam 6 pagi semalam, rekod bacaan terakhir masih 0 TON.
Susulan makluman itu, ramai rakyat Selangor yang merasa isu ini sangat mengjengkelkan kerana seperti tiada berkesudahan. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah di ruangan komen posting tersebut.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3663580290402593&id=358414984252490
Untuk perkembangan dari semasa ke semasa, boleh layari www.airselangor.com