Pempengaruh Haqiem Stopa menyorot perhatian netizen susulan berkongsi satu hantaran video mengenai cafe miliknya, Hud Dessert & Coffee Cafe (HDC Cafe).
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikToknya, ikon permotoran itu merakam dirinya berdiri di hadapan premis tersebut seolah-olah memberi bayangan kedainya itu melabuhkan tirai selepas kurang setahun beroperasi.
Dalam hantaran itu juga, turut disertakan kapsyen bagaikan mengucapkan selamat tinggal dengan perniagaannya itu.
“Pahit atau manis. Kekal menjadi memori. 27 November 2025, 4:24 pagi,” tulisnya.
@haqiemstopa_starlive_oe Bitter or sweet . it remains a memory 🙏🏼🤲🏻🫶🏻 27nov25 4:24am .
Artikel berkaitan: “Ada audi tak?” – [VIDEO] Haqiem Stopa Koyak Netizen ‘Menganjing’ Tak Ada Lesen Masa ‘Live’
Artikel berkaitan: Ikon Permotoran, Haqiem Stopa Kena Saman Polis Trafik Sebab Tak Ada Lesen?
“Manusia tak lari buat silap”
Perkongsian video itu sekali gus mencetuskan tanda tanya orang ramai tentang penutupan kafe miliknya.
Dalam pada itu, netizen juga sempat menitipkan nasihat kepada Haqiem supaya tidak berputus asa dan memperbaiki diri pada masa akan datang.

Terdahulu, Haqiem pernah terpalit isu apabila didakwa meniru resipi daripada jenama pemanis mulut popular.
Pempengaruh itu bagaimanapun dipercayai telah menafikan dakwaan terbabit namun tiada penjelasan rasmi yang dibuat olehnya setakat ini.
Sumber: TikTok
