Manusia Kanibal ‘Yoo Yuong Cheol’ : Jadikan Warga Emas & Pelacur Mangsa, Hentak Kepala Dengan Tukul Besi 4KG Sebelum Cungkil Organ Dan Ratah

Kisah pembunuhan ngeri kali ini berlaku di negara ‘oppa gangnam style‘ pulak. Jangan ingat negara yang terkenal dengan artis-artis kpop pujaan korang tu tak ada kes jenayah ekstrem. Malah ia lebih mengerikan lagi.

Kisah ini mengenai pembunuhan kejam yang dilakukan seorang lelaki yang hanya menyasarkan pelacur wanita dan warga emas sahaja sebagai mangsanya.

 

21 pembunuhan bersiri, sasar pelacur dan warga emas yang kaya

Yoo Yuong Cheol, satu nama yang cukup digeruni satu ketika dahulu di Korea Selatan khususnya di Seoul. Lelaki ni bukan selebriti atau pemimpin politik sebaliknya hanyalah individu biasa, cuma persoalannya kenapa namanya seringkali meniti di bibir penduduk di sana?

Penjenayah paling kejam, melakukan 21 pembunuhan bersiri dan memakan organ sebahagian mangsanya. Mensasarkan pelacur wanita serta warga emas daripada kumpulan elit dan kaya.”

Dikatakan jenayah kejam yang dilakukan lelaki ini sekitar tahun 2003 hingga 2004 dan dia mempunyai alasannya tersendiri memilih pelacur wanita dan warga emas yang kaya sebagai mangsa.

Pelacur Wanita :

Lelaki ini berkata, golongan ini tak seharusnya menjual harga diri mereka dengan menjadi pelacur

Warga Emas Kaya :

Manakala bagi golongan ini, lelaki tersebut berpendapat yang mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka buat sampai jadi kaya, sedangkan yang miskin terus miskin dann ditindas.

 

Jom kita soroti perjalanan ‘kerjaya’ Yoo sebelum menjadi Pembunuh Kejam!

Sumber : Google

Dia mula melakukan jenayah pada tahun 1988 ketika berusia 18 tahun. Pada usia tersebut, dia banyak terbabit dengan kes curi sebelum akhirnya ditangkap hampir 4 tahun kemudian iaitu pada 1991. Ketika itu dia dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Lepas dibebaskan, Yoo berazam untuk ‘cuci tangan’ sebelum setahun kemudian iaitu pada tanggal 23 Jun 1993 dia kahwin dengan seorang gadis yang baru dikenali selepas tamat tempoh hukuman.

Tapi! Baru je tiga bulan dirikan rumah tangga dia mula balik perangai lama sebelum ditangkap sewaktu mencuri di pasar raya dan dipenjara 8 bulan..Aishh ingat dah insaf!

2 tahun kemudian, pada 1995 dia terjun ke jenayah lain, kali ini babitkan penjualan bahan lucah secara haram dengan menggunakan identiti palsu, kegiatan itu berlarutan selama 3 tahun. Kegiatannya kantoi dan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Sumber : AFP

Namun! Ingatkan dia insaflah bila dipenjara, rupa-rupanya tak guys. Yoo ni siap boleh berguru dengan banduan-banduan kat situ. Dan dia kemudiannya ‘amalkan’ ajaran tersebut selepas dibebaskan pada pertengahan tahun 2000.

Disinilah dia menjadi semakin berani dan mulakan jenayah ‘kejamnya’ apabila merogol kanak-kanak berusia 10 tahun. Akibat perbuatan tersebut dia dipenjara sekali lagi selama 3 tahun.

**Sebab aktif sangat Yoo keluar masuk penjara, isterinya pohon perintah mahkamah untuk bercerai.

Lepas je Yoo dibebaskan dari penjara pada 11 September 2003, disitulah dia mula terbabit dengan jenayah lebih ganas dan kejam hingga ke tahap membunuh dan memakan organ mangsa-mangsanya.

 

Inilah mangsa-mangsa kekejaman Yoo!

Pasangan Gangnam-gu

1. Yoo disyaki membunuh pasangan suami isteri warga emas yang dikenali sebagai pasangan Gangnam-gu, yang masing-masing berusia 72 dann 67 tahun. Dalam kejadian pada 1 September 2004 itu dia bertindak menikam leher si suami dengan objek tajam sebelum kepala kedua-dua pasangan terbabit dihentak dengan tukul besi seberat 4 kilogram yang biasa digunakan untuk pecahkan tembok.

Mayat-mayat tersebut kemudian dia tinggalkan bergelimpangan di rumah sebelum esoknya dijumpai sendiri oleh anak pasangan itu. Malangnya polis gagal jumpa bukti pembunuhan.

6 Warga emas golongan kaya dihentak tukul besi

2. Tiga warga emas kaya dibunuh ketika beristirehat di halaman rumah pada 2 Oktober 2004. Menggunakan kaedah yang sama iaitu menghentak mangsa-mangsanya menggunakan tukul besi.

3. Pada 18 November tahun yang sama, Yoo sekali lagi melakukan 3 pembunuhan membabitkan warga emas dari golongan kaya.

Pelacur nafsu ‘kanibal’ Yoo, badan dicungkil organ dimakan

4. Pada 11 Disember 2004 menjadi tarikh malang buat seorang perempuan yang menawarkan diri sebagai teman sosial kepada Yoo apabila dia menjadi mangsa kekejaman yang seterusnya. Yoo dikatakan naik angin bila pelacur terbabit memaki dan menghalaunya selepas dia menceritaka jenayah yang telah dia lakukan.

So apa yang Yoo buat, dia menumbuk dan menghempas mangsa beberapa kali di atas jalan sebelum mengheret perempuan itu ke belukar dan membakarnya. Disebabkan rasa marah yang melampau, Yoo mencungkil badan wanita berkenaan dengan pisau, keluarkan hati dan memakannya..Weh! jijiknya.

 

Yoo kantoi! Lepas ditangkap polis berjaya selesaikan 20 kes bunuh babitkan Yoo

Akhirnya segala kegiatan Yoo terkantoi lepas seorang saksi memaklumkan kepada polis yang dia pernah ternampak Yoo bersama seorang pelacur anggaran usia 24 tahun yang telah mati dibunuh. Makna kata Yoo merupakan orang terakhir yang dilihat bersama pelacur berkenaan.

So lepas je Yoo ditangkap, polis berjaya selesaikan lebih 20 kes pembunuhan yang pernah dilakukannya sebelum ini..Finally, kantoi jugak!

Sebanyak 20 mangsa iaitu lapan warga emas dibunuh Yoo sementara baki 12 lagi adalah wanita yang menjadi teman sosial serta pelacur jalanan.”

Yang scary nya sewaktu dia ditemuramah satu stesen televisyen, Yoo berkata setiap mayat gadis teman sosial serta pelacur yang menjadi mangsanya dibakar sebelum dia memakan sebahagian hati dan jantung mangsa.

Sekarang ni wallahualam, apa terjadi kepada Yoo dan apakah bentuk hukuman yang diterima lelaki tersebut.

**Banyak pihak inginkan Yoo dihukum mati, tapi hukuman terbabit tidak dipraktikkan di Korea sejak 1977.

 

Info dan fakta kes :

NAMA: Yoo Young-Cheol atau dikenali sebagai Yoo Young-Chul

USIA: 39 tahun LAHIR: 1970 di Seoul, Korea

FAKTA KES: Didakwa atas kesalahan melakukan 21 pembunuhan bersiri sekitar 2003 hingga 2004. Selain membunuh, Yoo memakan sebahagian daging mangsa yang dibakarnya, terutama hati dan jantung

STATUS KES: Ditahan pada Julai 2004. Kesnya masih dibicarakan berikutan banyak pihak menyokong supaya dia dijatuhkan hukuman mati, sedangkan hukuman terbabit tidak dilaksanakan di Korea sejak 1997

Baca : Kes Pembunuhan Kejam Junko Furuta : Dinamakan Neraka 44 Hari Ekoran Penyeksaan Dahsyat Tahap Luar Kewarasan Akal Manusia.

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.