in

“Mano kau nak mentubong kau punya pasal” – Viral Isu Selebriti & Instafamous Rentas Negeri, ‘Setepek’ Dato Hattan Tegur!

Ft Rentashattan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan SOP yang perlu dipatuhi, namun masih juga ada segelintir pihak yang dikatakan salah guna pelepasan diberikan pihak polis untuk merentas negeri.


Seperti kebelakangan ini di mana beberapa instafamous dan selebriti terang-terangan memuat naik posting di Instagram menunjukkan mereka berjaya merentas negeri. Malah, ada instafamous yang turut bagi tips untuk dapat kelulusan polis jika mahu rentas negeri atas tujuan honeymoon.

Rentas

Susulan isu hangat selebriti merentas negeri dan mencetuskan kontroversi baru-baru ini, penyanyi lagenda tanah air Dato’ Hattan telah ‘menegur’ di Instagram peribadinya.

Video itu dirakam oleh Hattan susulan tular satu notis yang ditampal di sebuah balai polis meminta mana-mana individu yang memohon untuk merentas negeri supaya memberitahu alasan dan bukti yang kukuh. Ia dipercayai kerana beberapa kes selebriti serta instafamous mencetuskan kontroversi selepas mendapat kelulusan merentas negeri.

Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap instafamous dan selebriti. Kau dah dapat kebenaran nak mentubong, kau punya pasal. Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandailah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras.”

Bukan itu saja, Hattan turut mempersoalkan tindakan individu yang mendapat kelulusan merentas negeri sesuka hati muat naik aktiviti di media sosial. Katanya, ia semua dek kerana sikap suka ‘show off’ dan tidak berfikir dengan baik.

Gemar menunjuk-nunjuk. Kesianlah kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung. Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhentilah perasan kita ni instafamous, selebriti. Orang lain pun popular.”

Sebelum ini beberapa selebriti dan instafamous dipanggil pihak polis selepas memuat naik aktiviti ketika merentas negeri serta ada yang didakwa menggunakan alasan yang salah bagi tujuan rentas negeri seperti ‘honeymoon’. Antaranya adalah Risteena, Neelofa dan beberapa instafamous.

Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan pihak polis.

Betul juga apa yang Hattan cakap tu! Setepek!

Baca: “Tak boleh rentas, jangan rentas” – Komen Fazura Cetus Tanda Tanya, Untuk Siapa Tu?

Cats 13

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.