in

“Mangsa kemalangan paling chill” – Terlelap & Terbabas Masuk Sungai Tapi Balik Rumah Tidur Dulu Baru Buat ‘Report’

Terbabas Tidur

Seorang lelaki terlibat dalam kemalangan akibat terlelap ketika memandu kereta jenis Audi A6, lapor Harian Metro. Lelaki tersebut dilaporkan terbabas dan menjunam ke dalam Sungai Linggi, Seremban jam 5 pagi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke rumahnya.

Accident1

Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja restoran yang berdekatan dimaklumkan tentang kemalangan itu oleh pelanggan mereka. Dia kemudian ke lokasi kejadian dan periksa kereta tersebut dan terus hubungi pihak bomba. Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, sepasukan 3 pegawai bersama 18 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, ketika sampai di sana tiada kelibat pemandu tersebut dan kereta tersebut berada di dalam sungai dalam keadaan enjin yang masih hidup.

“Setiba di lokasi mendapati sebuah kereta berada dalam sungai. Bagaimanapun mangsa tiada di dalam kereta walaupun enjin kenderaan masih hidup. Mangsa didapati sudah pulang ke rumahnya di Rahang, yang tidak jauh daripada lokasi kejadian.

Accident3

Menurut sebuah portal, pihak bomba kemudian mendapat maklumat tentang pemilik Audi tersebut dan segera ke rumahnya. Ketika ditanya, pemandu lelaki tersebut berkata dia terlalu mengantuk ketika kemalangan itu berlaku dan mahu tidur dulu. Katanya, dia berniat untuk membuat laporan tentang insiden tersebut kemudian pada waktu petang.

Memang betul betul ngantuk ni….

Baca: “Mcm mana boleh accident” – Kemalangan Koc ETS & Koc Komuter di Sungai Buloh, Seorang Cedera

1Train

Sumber: Facebook