in

“Mangsa ada rekod jenayah” – Lelaki Maut Ditembak Dalam Kedai Gajet Di Bandar Sunway

Tembakan Bandar Sunway

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan insiden tembakan secara terbuka yang dipercayai berlaku sekitar Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway.

Dalam kejadian kira-kira 1.35 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun itu meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun serta curi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam premis berkenaan.

Cats 42

“Tembakan itu menyebabkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan.

Satu laporan polis dibuat seorang lelaki mengenai kejadian tersebut sebelum pihak kami tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, pihak forensik yang hadir ke tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru, serpihan peluru dan anak peluru.

“Saya tak nampak pelakunya” 

Dalam laporan FMT, seorang saksi kejadian menceritakan dia sedang berada di restoran berdekatan dan apabila kedengaran tembakan pertama, keadaan di kawasan itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk memastikan tembakan telah tamat.

Rakan sekerja saya pergi ke kedai alat untuk memeriksa dan melihat lelaki itu terbaring tidak bergerak di atas tanah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627100.

Baca: Polis Sahkan Kes Sarjan Maut Dengan Tiga Kesan Tembakan Tiada Unsur Jenayah

Ft Kes Sarjan Polis Maut

Sumber: Buletin TV3