in

Mandi Lepas Makan Punca Perut Buncit? Ini Penjelasan Doktor

Untitled Design 2022 03 24T105140.560

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat pelbagai mitos mengenai kesihatan yang sudah lama kita terapkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, mandi malam akan menyebabkan paru-paru berair ataupun makan ubat tahan sakit akan merosakkan buah pinggang.


Sama juga seperti mitos ini, dikatakan apabila mandi selepas makan perut akan menjadi buncit atau boroi kerana perubahan suhu badan.

Menerusi laman Twitternya, Dr. Khairul Hafidz menerangkan mengapa perkara tersebut adalah mitos.

Jadi, apa sebenarnya punca perut buncit? 

Dalam thread yang sama, Dr Khairul menjelaskan punca utama perut boroi atau buncit ini adalah kerana pengambilan kalori yang berlebihan dan ia adalah proses yang memakan masa.

“Bukan sekali mandi selepas makan terus jadi boroi. Tak betul langsung correlation nya tu” – Dr Khairul

Difahamkan, mitos itu terjadi apabila ada tanggapan badan kita memerlukan haba untuk membakar kalori dan jika kita mandi selepas makan, suhu badan akan menurun.

Bagaimanapun, doktor itu juga menerangkan badan kita ini mempunyai regulasi suhu badan yang sangat baik dan jika kita menggunakan logik seperti mitos tersebut maknanya semua orang yang berada di negara sejuk itu akan buncit.

Selain itu, doktor itu juga berkata yang paling penting adalah menjaga pengambilan kalori kerana ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan perut buncit.

“Kalau orang tu jaga asupan kalori, mandi lah lama mana lepas makan pun, tak jugak buncitnya”

Doktor itu juga berkongsi bagaimana regulasi suhu badan kita berfungsi dan betapa hebatnya badan kita ini!

Jaga kalori, nanti perut tak buncit!

Baca: “Pantang ‘viral’ confirm beratur” – Keju ‘Leleh’ Kesukaan Ramai Sebenarnya Bahaya Untuk Kesihatan? 

Untitled Design 2022 03 23T173008.860

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.