Dalam musim pandemik COVID 19, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan prosedur standard operasi (SOP) dengan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak dan ramai orang.
Walau bagaimanapun, SOP ini tidak terpakai kepada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun kerana dikhuatiri ia akan membuatkan mereka lemas. Tapi lain pula yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 1 tahun ini, apabila dia dikenakan penalti kerana tidak memakai mask di dalam lif.
Menerusi perkongsian Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut berang dengan tindakan pengurusan sebuah kondomimiun di Ampang, Selangor apabila anak mereka yang dibawah umur 2 tahun dikenakan saman sebanyak RM100 kerana tidak memakai mask.
“Sekarang masalah dia budak 1 tahun… understand or not?”
Terkejut menerima saman tersebut, ibu bapa budak berkenaan kemudian menghubungi pihak pengurusan menerusi WhatsApp.
Apabila mereka menjelaskan bahawa anak mereka tidak sepatutnya dikenakan denda kerana masih di bawah 2 tahun, pihak yang bertugas seperti tak memahami pula dengan SOP yang ditetapkan MKN dan KKM. Alahai…
Jenuh dah explain siap tunjuk video pun tak faham lagi haih…
“Siapa bagi arahan management boleh saman ni…”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini berpendapat tindakan pihak pengurusan kondominium yang mengeluarkan penalti kepada penduduk tersebut adalah tidak wajar sebab jelas-jelas mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
Apa-apapun ramai juga yang meminta penduduk tersebut untuk buat aduan dan jangan bayar saman tersebut kerana mereka tak bersalah.
Baca: Langgar SOP, Shuib & Siti Sarah Kena Kompaun Sebab Makan Melebihi 2 Orang Satu Meja