in

“Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor

Kedai Keida Sunyi Sepi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan yang terkenal dengan menu crepe, Kieda baru-baru ini memuat naik satu hantaran video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang.


Dalam video itu, Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra mendedahkan kedainya yang tular dengan menggunakan sistem support vendor itu berdepan penurunan dalam jumlah kehadiran pelanggan.

Dapat dilihat, suasana lengang di hadapan kedai yang mana situasi tersebut cukup berbeza dengan sambutan luar biasa yang diterimanya sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Saya tak paksa orang beli” – Kieda Crepe Respon Isu Berniaga Letak Syarat Perlu Beli Barang Vendor

https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7280517584536063250

“Mana pergi semua orang ni? Bezanya orang membeli dulu dan sekarang.

“Semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau,” tulisnya di ruangan kapsyen video itu yang dirakam pada waktu malam.

Artikel berkaitan: “Peniaga dah tak fikir berkat” – UAI Tegur Peniaga Viral & Pelanggan Yang Sanggup Tunggu Berjam

Video terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meninggalkan komen mengenai sistem support vendor yang diamalkan dalam kedainya.

Malah, netizen turut memberi alasan kenaikan harga barang ketika ini membuatkan mereka lebih berhemah apabila berbelanja.

Screenshot 2023 09 21 171443 Screenshot 2023 09 21 171546

Meninjau respon video yang diberikan, dapat dilihat Kieda tetap dengan pendiriannya menggunakan sistem tersebut.

Sebelum ini, nama Kieda kembali naik susulan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengulas mengenai hukum peniaga meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor sebelum membeli barangan jualannya.

Namun, Kieda menegaskan dia tidak pernah memaksa pelanggan membeli makanan yang dijual di kedainya dan sepatutnya semua pelanggan sudah sedia maklum mengenai cara jualannya sebelum membeli.

Adat berniaga, pasti akan ada pasang surutnya. Yang penting kena tabah dan teruskan berusaha.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.