Viral di Facebook satu gambar dan video ketika kemalangan kereta membabitkan seorang lelaki warga emas. Menurut posting itu, kejadian terbabit berlaku dari Kuala Kangsar menghala ke Taiping pada Selasa lepas, 17 Disember.
Pakcik itu dikatakan sedang memandu untuk ke hospital melawat isterinya yang sedang sakit. Namun, secara tiba-tiba dia diserang panic attack menyebabkannya hilang kawalan. Tanpa sedar, kereta yang dipandunya termasuk ke dalam longkang di tepi jalan.

Lebih menyedihkan, melalui video yang dirakam pakcik itu dilihat tidak menyedari keretanya sudah terbabas dan masih seperti mahu meneruskan pemanduan.
Malah, ketika individu yang rakam video ini periksa keadaannya pakcik itu menjawab dia mahu pandu ke plaza tol.
Mana boleh kereta jalan pakcik. Jom, jom, jom keluar. Haa kereta dah masuk longkang.”
Sumber: Facebook
Melalui info yang kami terima, isteri pakcik itu telah pun disahkan meninggal dunia keesokan harinya di hospital.
Menurut perkongsian anak mangsa kepada Lobak Merah, Shahril Nizam menceritakan bahawa abahnya sedang dalam perjalanan untuk melawat isteri kedua di Hospital Taiping.
Yang meninggal itu isteri kedua abah saya. Abah accident hari Selasa ketika dalam perjalanan ke hospital. Isterinya meninggal pada pagi Rabu.”
Ramai netizen berasa sebak dan tersentuh lepas tonton video kemalangan itu di Facebook. Masing-masing tak lepaskan peluang mengucapkan takziah buat mereka sekeluarga.
Al fatihah buat isteri pakcik. Moga pakcik dan keluarga diberi kesihatan yang baik…
Baca: “You sapa ask my ID??” – [Video] Mabuk Terbabas Di Lebuhraya MEX, Marah Polis Ingin Bantu Kemalangan