in

Mampu Terbang Sejauh 77.134 Meter, Kapal Terbang Kertas Ciptaan Anak Muda Malaysia Pecah Rekod Dunia

F3 Ktk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi tak time kecik-kecik dulu, kita selalu main perahu kertas dalam longkang setiap kali hujan? Tak lupa juga pernah main kapal terbang kertas dan berlumba dengan kawan kapal terbang siapa yang lagi jauh terbang kan?


Kali ini, seorang anak muda Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat pula membawa nama negara ke persada dunia apabila kapal terbang kertas ciptaannya telah berjaya pecahkan rekod dunia dalam kategori ‘Penerbangan paling jauh dengan pesawat kertas’.

Ktk 1

Difahamkan, rekod itu telah dicipta dalam Guiness World Records baru-baru ini.

Menurut Guiness, anak muda yang dikenali sebagai Chee Yie Jian itu telah bersama dua orang lagi individu hebat dari Korea Selatan untuk cabaran rekod dunia ini.

Ktk 2

Ketiga-tiga mereka ada tugas masing-masing untuk pecahkan rekod dunia kapal terbang kertas ini di mana Chee ialah designer kapal terbang kertas itu, Kim Kyu Tae bertanggungjawab membuat lontaran manakala tugas Shin Moo Joon pula ialah melipat kapal terbang kertas berkenaan.

Ktk 3

Sebanyak lapan lontaran telah diukur di mana 77.134 meter ialah yang paling jauh dan 71.813 meter ialah yang paling pendek.

Memetik laporan The Star, Chee Yie Jian yang kini merupakan jurutera rekabentuk dengan syarikat Airbus mengatakan ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi prestasi sesebuah kapal terbang kertas itu, misalnya sayap yang lebih kecil akan menerbangkannya lebih cepat.

Kapal terbang kertas berkenaan telah diterbangkan di Daegu, Korea Selatan pada April lalu namun Chee tidak dapat turut serta ketika ia diterbangkan di sana.

Boleh tengok kat sini video penerbangan kapal terbang kertas hasil kerjasama mereka bertiga ini.

Betul-betul hebat dorang ni, min dulu main kapal terbang kertas ni last-last jatuh dalam longkang je. 

Sumber: Guiness, The Star

Baca: “Kucing pun ada passport!”- Ini Langkah Untuk Anda Bawa Kucing Naik Kapal Terbang & Travel Bersama

Fc 8

Sumber: Syok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.