in

“Mama…maafin Lia…” – Wanita Gantung Diri 2 Hari Sebelum Pernikahan, Tinggalkan Surat Terakhir…

Suicide

Semalam, seorang mahasiswi ditemui mati gantung diri di rumah sewanya kira-kira jam 1 tengah hari, lapor Rakyatku. Lia Yulrifa, 25, merupakan pelajar di Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh dan mayatnya dijumpai salah seorang rakan serumah bernama Putri Eliza berusia 19 tahun.

Lia dilaporkan menggunakan tudung dan sebuah kerusi plastik berwarna merah turut dijumpai berdekatan dengan tempat Lia menggantungkan dirinya.

Suicide0
sumber: heta news
Suicide2
sumber: tribun

Menurut Putri, dia terus menghubungi pihak polis selepas menjumpai mayat Lia tergantung dan polis turut menjumpai sekeping nota berdekatannya.

Mama…maafin Lia. Lia sudah buntu jalannya. Lia rasa ini adalah jalan satu-satu untuk menebus kesalahan…”

Suicide1
sumber: antero aceh

Lia yang berasal dari Nagan Raya, Aceh dikatakan sepatutnya melangsungkan pernikahan esok, 23 Ogos namun polis masih belum kenal pasti identiti bakal suaminya.

Bagaimanapun, polis tidak berani untuk mengulas lanjut tentang surat terakhir yang dijumpai itu. Mereka juga masih belum boleh memastikan sama ada tindakan Lia menggantung diri itu ada kaitan dengan majlis pernikahannya esok.

Suicide3
sumber: kanal73

Pihak polis kini masih sedang selidik motif sebenar Lia bunuh diri tetapi menurut mereka tiada tanda-tanda kekerasan yang berlaku pada mangsa setakat ini. Jenazah Lia kini berada di sebuah hospital dekat Banda Aceh untuk dibedah siasat.

Baca: “Bodoh punya suami!” – Isteri & Anak Gantung Diri Sebab Suami Beli Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan

Bunuh Diri Dan Anak