Dua tiga menjak ni mesti ramai yang perasan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak makin berani mengeluarkan posting troll dan berjenaka dengan netizen berkaitan isu politik.
Tapi slogan terbaru dari DS Najib kali ni memang power habis. Admin sampai sekarang pun mesti nak tersengih je bila tertengok video ‘Malu apa bossku’ kat bawah ni yang viral di Facebook.
https://www.facebook.com/OhhSempornaku/videos/329185304604310/
“Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah”
Slogan ini mula trending apabila Najib memuat naik gambar di Facebook peribadinya sedang menunggang motosikal Yamaha Y150 dengan nombor plat 8055KU (BOSSKU).
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155830084995952/?type=3&theater
Lagak seperti orang muda, caption di posting tersebut jugak mendapat pelbagai reaksi menarik daripada netizen yang katanya tak boleh move on dengan slogan tersebut.
“Perompak mana ada perasaan malu”
Kalau ada komen yang menyokong, tak sahlah kalau ada jugak komen troll dan mengkritik bekas PM ni kan. Bagi yang mungkin sudah terlupa, Najib masih berhadapan dengan pertuduhan berkaitan 1MDB.
Buat mereka yang ‘anti’ Najib, slogan ini dianggap tak relevan langsung dan ada maksud tersirat di sebaliknya.
Bossku bahasa slanga orang Sabah, kerap diguna oleh mat motor
Bagi yang tertanya-tanya apa benda bossku dan slogan ‘malu apa bossku’ ni yang terpampang dalam poster Najib Razak, perkataan bossku sebenarnya berasal dari Sabah dan Sabahan menggunakan slanga ini semasa berjual beli.
Pun begitu, kebanyakan anak muda yang bermotosikal gemar menggunakan slogan ‘Malu apa bossku’ sebagai trend dalam percakapan seharian. Gitew!
Fuh! DS Najib sekarang dah lepak dengan geng motor. Siap posing naik motor lagi. Kemainnn!