iPhone 12 sudah pun masuk ke pasaran Malaysia baru-baru ini, sudah semestinya sejak ia dilancarkan, orang ramai akan sanggup beratur untuk mendapatkannya.
Namun, berbeza dengan model yang sebelum ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen. Ini kerana seluruh negara mengalami pandemik global dimana Covid-19 ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara dan sekaligus menjejaskan sumber kewangan individu.
Malaysians no money?”
Kalau diperhatikan sekarang, macam-macam cerita yang terjadi pasal hal kewangan di negara kita. Dapat dilihat ramai yang kehilangan kerja yang kukuh dan melakukan inisiatif lain sebagai kelangsungan hidup.
Ia telah memberikan gambaran jelas betapa terkesannya rakyat marhaen. Disebabkan itu, wujudlah pertikaian apabila gambar tular di Facebook yang menunjukkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli iPhone 12 keluaran baharu ini.
“Complain for pay cut, but for i12, it can be just take my money”
Ada juga yang ungkit dengan kaitkan isu KWSP yang sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai sekarang. Namun begitu, ada juga netizen yang backup kerana itu adalah hak masing-masing.
“Poket orang kita sibuk-sibuk”
Apa pun, rezeki masing-masing, mungkin mereka ada simpanan mereka dan cukup untuk tampung bila gawat dan apa pun, itu wang mereka dan hak mereka.