in

Kajian Mendapati Lelaki Boleh Mandul Akibat Jangkitan Covid-19?

Collage 36

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biologi baru-baru ini, pakar mendapati yang virus Covid-19 boleh sebabkan kemandulan kepada lelaki.

Kemandulan ini dikatakan berpunca dari virus Covid-19 yang dikatakan boleh mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma, lapor Harian Metro.

Penemuan ini nyata menimbulkan kebimbangan kerana lelaki dikatakan lebih mudah untuk mendapat jangkitan berbanding wanita terutamanya di usia yang sesuai untuk mendapatkan anak.

026199500 1594979793 Kenali Ciri Ciri Pria Mandul Shutterstock 703765789

Faktor virus Covid-19 boleh sebabkan kemandulan kepada lelaki

Laporan kajian ini menunjukkan beberapa kemungkinan Covid-19 boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki, iaitu:

  1. Kehadiran reseptor ACE2 di testis menjadikan sel alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan berpotensi.
  2. Keradangan yang disebabkan oleh virus Covid-19 hingga menyebabkan kerosakan kekal pada tisu pembiakan lelaki.
  3. Keradangan di jantung dapat menyekat atau menurunkan bekalan darah ke zakar yang akan mengakibatkan kegagalan ereksi.
  4. Keradangan di seluruh sistem badan yang menjadikan tahap hormon kesuburan tak stabil.
  5. Tekanan perasaan hingga mempengaruhi kesihatan seksual.

Salah seorang penyelidik, Prof Shubhadeep Roychoudhury berkata, lelaki yang dijangkiti Covid-19 perlu diberi konsultasi psikologi bagi mengelakkan ketakutan yang tidak rasional dan tekanan yang berlebihan kerana ini secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan serta sistem pembiakan.

 

Baca: Kajian Dapati Makan Di Luar Tingkatkan Risiko Dijangkiti COVID-19

Screenshot 2021 01 22 At 5.57.38 Pm

Sumber: Klik Dokter