in

“Maklumat boleh kena curi kalau buat peace” – Polis Dedah Bahaya Kalau Bergambar Sambil Buat Gaya ‘Peace’

Feature Image Peace

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah ada gajet yang digunakan untuk memudahkan berkomunikasi antara satu sama lain.


Tapi ada juga yang gunakan gajet seperti telefon bimbit untuk bergambar atau merekod video.

Baru-baru ni, tular dekat laman Facebook mengenai amaran daripada pihak polis berkaitan bahaya kalau membuat gaya peace semasa bergambar.

Peace 1
Sumber: google

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia, aksi membuat tanda peace tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi netizen dicuri oleh penggodam.

Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.

Tambahnya lagi, pada masa kini penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari daripada seseorang itu. Tapi mereka boleh mengambilnya melalui gambar selagi gambar itu terang dan jelas.

Peace 2
Sumber: google

Mereka juga boleh menggodam dan mengakses maklumat sulit seseorang melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.

Tapi macam mana sekali pun, korang yang suka selfie buat gaya peace tu, kena lah hati-hati ye. Sekarang ni macam-macam taktik scammer nak dapatkan maklumat kita.

 

Baca: “Ibu pejabat PDRM, tapi pakai whatsApp” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Kena Tipu Dengan Scammer Tapi…

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.